Kehadiran Sabtu dan Ahad amat dinantikan dan bermakna dlm hidup...weekend adalah segalanya. Weekend adalah hari yg paling ditunggu oleh Asfa..sbb apa sbb umi dan baba tak kerja dan dgn yakinnya dia akan kata weekend adalah hari utk berjalan2. Mungkin rutin yg menjadikan dia begitu...Pertama kali dalam hidup hr sabtu hr tu pegi ke PWTC sempena persidangan UMNO. Pergi bukan utk mendengar cakap2 perwakilan, pergi bukan utk menyokong dan menyanggah persidangan..tetapi pergi untuk melihat setuasi yg sering diceritakan dan niat di hati satu..utk cari tudung.....benar apa yg dikatakan.brg2 disana dihari akhir persidangan sukar utk dibandingkan harganya dgn tempat lain...kain pasang dilelong umpama tiada lg esok utk berniaga....mak beli sampai lima pasang sbb nak bg kat cucu perempuan dia. Mission tercapai utk beli tudung.....murah jika dibandingkan dgn tempat lain....peminat2 tudung masa kini yg mempunyai kepala yg keras dan berwarna warni pasti teruja, bersepah2 dijual dan harganya amatlah murah. Tapi sayang bkn minat aku utk memakai.....[tgk org pakai cantik, beli tak pakai...] Bawal juga pilihan hati. Berada disana dlm setengah jam saja..sbb org terlalu ramai...sesak yg teramat sgt. So apa yg kitaorg buat beli dikedai yg mudah utk pergi dan kurang manusia......balik singgah dia seksyen 2, beli mkn nak picnic di tasek......Asfa suka sgt. Dah lama tak pegi sana...terasa syok pulak mkn dgn angin sepoi2 bahasa...dan disitu kenangan terungkap. Dikawasan itulah perit getir kehidupan dilalui sebagai student uitm [degree - master]. Disitulah tempat menyihatkan badan dgn berjogging dan disitulah menghabiska masa2 terluang melepak bersama kawan2. Seronok.......[tp tidak sedamai uitm Jengka tahun 1996-1999]. Banyak kenangan disitu............
Hari Ahad ptg..pergi ke Tanjung Harapan utk mkn ditepi laut jugak...tempat yg menjadi kegemaran kami utk mkn sotong goreng tepung, ikan dan udang....selama ni tak pernah sampai sana ptg tp kali ni pergi ptg sbb nak bawa mak jalan2. Ramai betul org berehat dan memancing...seronok rupanya. Asfa suka..dia suka tgk air laut berombak.. duduk ditepi laut itu seolah2 sedang memikirkan dan merenung sesuatu . Mungkin ada benda yg ada dlm mind dia. Dia tak nak balik ...dia kata dia suka duduk disitu tgk laut..berkali dia ckp.."ummi nanti kita dtg lagi tgk laut yek...asfa suka", dan berkali2 jg aku menjawab...."ye.....nanti kita dtg lg". Seolah2 tempat tu tak pernah dikunjungi.....padahal tak terkira dgn jari bilangan dtg kesitu sejak dia baby...tp ini kali pertama kami sampai ptg dlm 6.30 ptg. Selalu kitaorg akan dtg lepas magrib...dan lps magrib suasana gelap..tak nampak ombak lg...mungkin sbb tu dia kurang excited. Asfa dilimpahkan pelbagai benda yg mungkin tidak dpt dirasai oleh anak2 seusia dia...terutamanya soal mkn. Setiap benda yg keluar dr mulut dia menyebut makanan....pasti dia akan dapat tidak kira mahal atau murah. Satu permintaan dia yg tidak pernah mendapat halangan adalah makanan.....sbb prinsip baba kpd Asfa " Apa saja yg asfa minta utk makan baba akan belikan .....tapi tak semua mainan yg asfa minta asfa akan dapat". Syukur Asfa sentiasa faham. Sejak mak ada dirumah [sebulan] Asfa sentiasa solat [termasuk sebarang solat sunat yg di dibuat oleh mak, wlpun dia tidak mengerti tujuan solat tersebut] , mengaji, berzikir dan berselawat. Dia akan ikut apa saja yg tok piah buat.....termasuk membaca ikraq berlagu.....[kelakar sgt kalau dengar]. Dia boleh habiskan zikir 100 kali [sampai hbs biji tasbih]..dan segala macam ibadah yg dibuat oleh tok piah....bila dgr dia mengaji dan berzikir terasa sejuk hati..dan inilah yg dikatakan sejuk perut ibu mengandung. Mcm mana agaknya perasaan parent yg anaknya menjadi tahfiz terkenal..ulamak termashur. Sudah pasti lebih tenang jiwa ibu bapanya......Semoga Asfa menjadi anak yg solehah, dikurniakan kehidupan yg penuh keberkatan sepanjang hidupnya. Amin
No comments:
Post a Comment