Lunch di Equatorial semasa IVIC kebetulan bersama sume supervise prof dan juga 2 org kakitangan admin FTSM disatu meja. Dalam masa tu sempat bercerita pasal viva..kerana kebetulan admin staff yg ada ada org yg menguruskan viva di fakulti. Bila dia menyedari kami sume adalah supervise prof....tampa ragu dia cakap...wah ini sume bakal lulus denga cemerlang nanti ni. Kami agak tersentak dgn penyataan itu...dan ada yg menyahut...'yg cemerlang supervisor kami...kami belum tentu'. Ak pun agak bersetuju dgn penyataan itu.....sebab rasanya ramai diantara kami yg tiada niat utk lulus dgn cemerlang...yg kami harapkan dapat habis phd dalam masa 3 tahun seperti yg dijanjikan. Dan aku sendiri tidak pernah terbayang yg akan ada 'cemerlang' dlm scroll phd nanti....dan selama ni pun tidak pernah aku tahu yg wujudnya status lulus dgn cemerlang diperingkat phd. Rupanya status itu wujud dan ianya di cetak di scroll bila konvo nanti...dan jika lulus dgn cemerlang nama akan disenaraikan dlm pelajar cemerlang fakulti. Ingatkan implementation cemerlang ini sehingga peringkat sarjana sahaja...rupanya tidak. Impian utk menjadi cemerlang tidak pernah ada dlm doaku....yg ada selama ni hanya mohon pertolongan utk dipermudahkan segalanya dan berjaya siapkan dlm tenpoh yg diberikan. Itu saja....
Cerita demi cerita keluar dr mereka dipihak pengurusan.....dan disitulah kami diberitahu...sepanjang prof *** supervise student diperingkat phd, yang telah tamat pengajian...hanya seorang dr studentnya yg berstatus LULUS. Selain dr itu semua grad dgn status LULUS DENGAN CEMERLANG. Dan dorang kata...kami sentiasa ingat nama student yg berstatus lulus sahaja kerana dia sorang je yg lulus....lain semua lulus dgn cemerlang....kami semua berpandangan sesama sendiri....dan dlm hati masing2 agaknya berkata..'adakah aku akan menjadi org kedua berstatus lulus shj'. Kami hanya mampu berdiam dan dr raup wajah sume aku dapat rasanya..masing2 sedang berfikir sesuatu. Memang prof *** memegang rekod fakulti...student phd dibawahnya sume lulus dgn cemerlang..kecuali sorang. Sume org kata kami bertuah kerana menjadi supervise dia.....kerana pasti kami juga akan lulus dengan cemerlang. Betul ke ??????? Aku sendiri tiada jawapan dlm persolan ini....cuma bermula dr sekarang aku terpaksa manjadi hamba yg tamak....yg sentiasa meminta2 dan memohon pertolongan yg lebih dr sebelumnya....semoga Allah mendengar dan memberi....Amin.
No comments:
Post a Comment