Thursday, May 27, 2010

Minggu 5

Minggu ni masuk minggu ke 5 pregnancy...morning sickness dah mula datang. Makan tak berapa lalu..berat badan agak menurun. Bau2 masakkan dah mula meloyakan tekak. 2nd time preggy ni agak meletihkan ...mungkin faktor usia menyumbang. Biasa bekerja sepantas kilat...sekarang terpaksa slow down, ikut nasihat doktor kerana usia kandungan yg masih muda dan sudah terlalu lama tidak mengalami situasi ini. 6 tahun yg lalu adalah satu jangka masa yg lama dan kebimbangan kandungan tidak kuat menyebabkan terpaksa ikut segala bagai nasihat doktor untuk keselamatan sume pihak. Walaupun begitu aktiviti harian digagahi juga untuk selesaikan apa yg patut. Walaupun terasa penat yg melampua bila menjelangnya malam. Hari ni dah tak tahan sgt terpaksa berhenti tepi jalan untuk muntah selepas hantar asfa ke sekolah. Hubby outstation, jd mahu tidak mahu kenalah kuar untuk hantar asfa. Nasib baik sempat sampai rumah dengan selamat wlpun kepala berpusing2 masa tgh drive. Alhamdulillah...biasa menjadi super women tetiba pulak kena jd puteri....dok diam..agak sukar.
Segala surat dr KPT utk conference Bali dah setle...satu paper telah berjaya masuk journal..IVIC 09..alhamdulillah. Sume ni rezeki baby.......Minggu depan ada conference di Putrajaya...tgh bulan di KLCC dan bulan July di Bali..harap segalanya mampu ditempuh. Sekarang tgh susah hati dengan write up thesis....nak mula mood menulis pulak.....semoga Allah mudahkan segalanya. Pasti apa yg telah ditentukan adalah mengikut kemampuan kita...Allah maha adil, Dia tak akan bg apa yg kita tidak mampu lakukan.

No comments: