Friday, August 20, 2010

18 minggu

Hari ni genap 18 minggu usia baby....alhamdulillah mengikut check up semalam..baby grow seperti biasa, cuma fibroid saja yg tiada perubahan. Ukuran perut still lebih 4 minggu dr ukuran asal. Saiz fibroid juga tiada perubahan....sama seperti sebelum ini. Tapi tetap bersyukur kerana Allah kurniakan kesihatan yg baik walaupun berpuasa. Aku perlukan rahmat Mu Ya Allah....

Thursday, August 12, 2010

Alhamdulillah...

Semalam dapat puasa tampa rasa sakit..alhamdulillah. Semalam asfa bgn sahur pukul 5 sama dgn umi dan baba...asfa cuti sempena 1st ramadhan , begitu juga dgn baba...so dengan kesempatan sume org cuti..kitaorg pergi visit pasar ramadhan stadium, shah alam....Tak de yg menarik dan tak de diantara kami yg tergoda lebih2...beli sekadar yg nak mkn (tu pun tak sedap).
Hari ni 2nd day puasa...was-was rasa dihati kerana tidak mengikut advise doktor untuk puasa alternate day....hati dah mula ragu2 dan yang paling takut untuk mengalami sakit seperti dulu. Walaupun segala diserahkan pada kuasa Allah, tapi sebagai manusia yg yg lemah masih ada ragu dihati.....ragu dan takut kerana tak mampu lg untuk mengulangi kesakitan yg dialami 2 minggu yg lepas.
So untuk memuaskan hati.....consultation dibuat dengan doktor melalui telefon. Kesimpunlan dr consultation tersebut......diri sendiri yang akan rasa ada yg tidak kena pada diri sendiri. Selagi tidak ada perasaan ada yg tidak kena..dibenarkan berpuasa selagi mampu dan yakin. Walaubagaimanapun...next appoitment dipercepatkan......kerana untuk melihat perkembangan seterusnya. So nampaknya .....bukan kita sebagai pesakit je tak confident jika ketentuan perubatan dilanggari......tapi doktor juga tidak mempunyai keyakinan yg tinggi dalam hal ini. Ini kerana pd mereka teori perubatan perlu dipercayai wlpun mereka tahu sume atas kuasa Allah. Jd untuk langkah selamat kata dua diberi...."dtg berjumpa saya bila rasa sakit wlpun sedikit"....atau "boleh teruskan puasa jika tiada apa2....tapi minggu depan kena dtg berjumpa saya" . Semoga Allah membantu memberi kekuatan kepadaku......dan kesihatan yg baik kepada ku. Amin........
Dihujung consultation diingatkan jgn minum@makan yg sebarang benda yg berasaskan limau dan air yg dibenarkan untuk minum hanyalah air masak....no colouring water wlpun jus buah-buahan.....itu kena ikut kalau nak puasa. Tak pe...itu isu yg mudah untuk diselesaikan sbb mmg kami sekeluarga tiada air sejuk diwaktu berbuka....dan sebarang air2 berwarna pun kami tidak gemari. Kami hanya minum air panas..........dan akhirnya sume org akan cari air kosong. Sbb tu gula kat rumah ni beli setahun sekali....gula hanya digunakan untuk membuat kueh sahaja.
Semoga aku dipermudahkan segalanya....

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi

Selamat menyambut Ramadhan Almubarak untuk semua..semoga tahun ni akan lebih baik dr tahun sebelumnya..dan kita lebih istiqamah dalam amalan kita. Amin..semoga Allah bg kita kekuatan untuk menjadi hamba yg lebih baik.....teruja menunggu Ramadhan..wlpun kesihatan tidak memberansangkan....akan kucuba untuk berpuasa selagi mana termampu dilakukan dan tidak memudhoratkan zuriat yg dikandung..doakan.
Mengikut nasihat O&G dalam last check up....not advice able utk berpuasa terus menerus...pilihan yg ada adalah alternate fasting kerana masalah kesihatan dan fibroid yg terdapat dalam rahim yg perlu dibendung dgn ubat....tapi bak kata bonda tercinta ini sume kuasa Allah...Allah pasti tahu apa yg terbaik untuk kita selagi kita ikhlas lakukan segala amalan keranaNya....so selagi boleh puasa ...puasalah..bila sakit buka.....
Walau apa pun prediction O&G....segalanya lebih diketahui olehNya....jika Dia inginkan sesuatu tiada siapa@ apa pun yg boleh menghalang......aku berdoa yg terbaik untuk diriku..kesihatanku...anakku dalam kandunganku...keluargaku..dan sume yg disayangi.
Tahun ni juga merupakan tahun terakhir aku menyambut ramadhan dengan gelaran "student" phd. Segala perjalanan harungi dugaan ini diharapkan akan dapat memberi manafaat kepada org lain suatu hari nanti dan segala knowledge yg ada dapat dikongsi dan mampu untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara. Diharapkan semoga dengan keberkatan Ramadhan segala perancangan berjalan lancar dan jika dipanjangkan umur Ramadhan tahun depan akan memberi gelaran baru setandingan dengan sumbangan kepada anak bangsa..insyaallah.

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA ....

Friday, August 6, 2010

Genap 16 minggu

Dah hampir 2 minggu komputer tidak dibuka apatah lagi untuk update blog. Ini semua disebabkan masalah kesihatan yg Allah telah berikan sedikit ujian kepada ku. Last 2 week aku disahkan oleh O&G yg aterdapat 2 ketulan fobroid dalam rahim ku yg bersaiz lebih kurang 7cm kedua2nya....benda ni dapat dikenalpasti disebabkan aku megalami kesakitan yang amat sangat seperti orang hendak bersalin (contraction)...wlpun aku tak tahu itulah yang dinamakan contraction..kerana aku tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Tiada apa yg dapat dibuat oleh O&G kerana kandungan terlalu muda..hanya mampu bertahan dengan ubat tahan sakit. Mengikut penerangan dr O&G fibroid tidak mengganggu perkembangan baby..tapi hanya memberi kesan kepada ibu sahaja. Terdapat lebih kuran 5-6 jenis fibroid dan ia mempunya ciri2 dan risikonya yg tersendiri. Kalau kes aku...akan ditentukan ujuang bulan ini....dan buat masa ini hanya mampu berdoa semoga ujian Allah ini dipendekkan hingga disini sahaja. Disebabkan O&G tidak boleh berbuat apa2 buat masa ini, maka perubatan alternatif diusahakan...dengan mengambil ubat homepathy dan juga air2 penawar dari ustaz2. Walaupun doa diri sendiri dan org sekeliling dapat membantu mungkin aku juga perlukan penawar dr org2 yg mempunyai maqam yg lebih tinggi. Oleh itu ..ianya merupakan satu usaha.
Hari ni genap baby dalam kandungan ku 4 bulan...dia dah boleh mendengar suaraku dan suara2 org yg selalu didengari...umi doakan anak umi sihat tampa gangguan.
Some info:

Mother:

You may begin to feel the baby move around this point. This is more likely to happen now if you are a multipara (someone who has had a previous child) or if you are very thin. Generally you will feel the baby move about one month earlier than you did in a previous pregnancy, mainly because you know what you are feeling. It is not uncommon for first time mothers to not recognize fetal movements until 22-24 weeks. These first movements are called"quickening." They can also be used in helping to determine your due date.

Baby:

Your baby's nails are well formed, and some babies are even in need of having their nails trimmed at birth. The ears have also moved from the neck to the head.

Your baby is emptying his or her bladder every 40-45 minutes. The limb movements are becoming more coordinated. Your baby is about 3 ounces (85 grams) and 6.3 inches (16 cms). Using anultrasound you might be able to tell if your baby is a girl or boy at this point, but it's still a bit early.