Semalam dapat puasa tampa rasa sakit..alhamdulillah. Semalam asfa bgn sahur pukul 5 sama dgn umi dan baba...asfa cuti sempena 1st ramadhan , begitu juga dgn baba...so dengan kesempatan sume org cuti..kitaorg pergi visit pasar ramadhan stadium, shah alam....Tak de yg menarik dan tak de diantara kami yg tergoda lebih2...beli sekadar yg nak mkn (tu pun tak sedap).
Hari ni 2nd day puasa...was-was rasa dihati kerana tidak mengikut advise doktor untuk puasa alternate day....hati dah mula ragu2 dan yang paling takut untuk mengalami sakit seperti dulu. Walaupun segala diserahkan pada kuasa Allah, tapi sebagai manusia yg yg lemah masih ada ragu dihati.....ragu dan takut kerana tak mampu lg untuk mengulangi kesakitan yg dialami 2 minggu yg lepas.
So untuk memuaskan hati.....consultation dibuat dengan doktor melalui telefon. Kesimpunlan dr consultation tersebut......diri sendiri yang akan rasa ada yg tidak kena pada diri sendiri. Selagi tidak ada perasaan ada yg tidak kena..dibenarkan berpuasa selagi mampu dan yakin. Walaubagaimanapun...next appoitment dipercepatkan......kerana untuk melihat perkembangan seterusnya. So nampaknya .....bukan kita sebagai pesakit je tak confident jika ketentuan perubatan dilanggari......tapi doktor juga tidak mempunyai keyakinan yg tinggi dalam hal ini. Ini kerana pd mereka teori perubatan perlu dipercayai wlpun mereka tahu sume atas kuasa Allah. Jd untuk langkah selamat kata dua diberi...."dtg berjumpa saya bila rasa sakit wlpun sedikit"....atau "boleh teruskan puasa jika tiada apa2....tapi minggu depan kena dtg berjumpa saya" . Semoga Allah membantu memberi kekuatan kepadaku......dan kesihatan yg baik kepada ku. Amin........
Dihujung consultation diingatkan jgn minum@makan yg sebarang benda yg berasaskan limau dan air yg dibenarkan untuk minum hanyalah air masak....no colouring water wlpun jus buah-buahan.....itu kena ikut kalau nak puasa. Tak pe...itu isu yg mudah untuk diselesaikan sbb mmg kami sekeluarga tiada air sejuk diwaktu berbuka....dan sebarang air2 berwarna pun kami tidak gemari. Kami hanya minum air panas..........dan akhirnya sume org akan cari air kosong. Sbb tu gula kat rumah ni beli setahun sekali....gula hanya digunakan untuk membuat kueh sahaja.
Semoga aku dipermudahkan segalanya....
No comments:
Post a Comment