Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi

Selamat menyambut Ramadhan Almubarak untuk semua..semoga tahun ni akan lebih baik dr tahun sebelumnya..dan kita lebih istiqamah dalam amalan kita. Amin..semoga Allah bg kita kekuatan untuk menjadi hamba yg lebih baik.....teruja menunggu Ramadhan..wlpun kesihatan tidak memberansangkan....akan kucuba untuk berpuasa selagi mana termampu dilakukan dan tidak memudhoratkan zuriat yg dikandung..doakan.
Mengikut nasihat O&G dalam last check up....not advice able utk berpuasa terus menerus...pilihan yg ada adalah alternate fasting kerana masalah kesihatan dan fibroid yg terdapat dalam rahim yg perlu dibendung dgn ubat....tapi bak kata bonda tercinta ini sume kuasa Allah...Allah pasti tahu apa yg terbaik untuk kita selagi kita ikhlas lakukan segala amalan keranaNya....so selagi boleh puasa ...puasalah..bila sakit buka.....
Walau apa pun prediction O&G....segalanya lebih diketahui olehNya....jika Dia inginkan sesuatu tiada siapa@ apa pun yg boleh menghalang......aku berdoa yg terbaik untuk diriku..kesihatanku...anakku dalam kandunganku...keluargaku..dan sume yg disayangi.
Tahun ni juga merupakan tahun terakhir aku menyambut ramadhan dengan gelaran "student" phd. Segala perjalanan harungi dugaan ini diharapkan akan dapat memberi manafaat kepada org lain suatu hari nanti dan segala knowledge yg ada dapat dikongsi dan mampu untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara. Diharapkan semoga dengan keberkatan Ramadhan segala perancangan berjalan lancar dan jika dipanjangkan umur Ramadhan tahun depan akan memberi gelaran baru setandingan dengan sumbangan kepada anak bangsa..insyaallah.

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA ....

No comments: