Tuesday, January 25, 2011

Muhammad Anas Farhan

17 jan 2011 jam 10.43 pg permata yang ditunggu tealah muncul melihat dunia. Maka bermualalah kehidupan baru bg kami sekeluarga dan juga bg dia sebagai insan dan muslim dibumi ini. Kami sentiasa mendoakan dia menjadi anak yg soleh dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Pengalaman masuk ke operation theater tampa suami adalah pengalaman baru. Mengikut procedure baru DEMC (darul ehsan medical center) husband dah tak boleh masuk ke OT lg..sejak mereka berpindah ke bangunan baru atas status hospital penuh. Namun demi anak digagahi dan dikuatkan semangat. Seawal 8.00 pg ditemani emak...asfa dan hubby..kami telah keluar dr rumah dan pergi ke DEMC...check in di bilik dan pukul 9.30 segalanya bermula. Baju ditukar....dan ditolak ke OT. Semua pakat adalah request dariku..dimana semuanya dalah org lama yag menyambut asfa. O&G DR Norleen...pakar bius Dr Jaseemuddin...pediatric Dr Roliza. Kesemua mereka mememgang rekod lama aku....dimana segala history telah diketahui. Pengalaman yg agak menakutkan (sbb aku mmg takut)...hingga gurauan dan borak2 dr mereka aku anggab kosong dan malas nak melayan....
Pukul 10.20 segalanya bermula..suntikan epidural diberikan oleh Dr Jas...dan pembedahan bermula....Muhammad Anas Farhan keluar melihat dunia tepat jam 10.43 dengan berat 3.71kg dantinggi 54 cm. Alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan lancar...Anas pun sihat bagai johan..pipi labuh...dan penuh.
Hubby diluar lega setelah azan dan iqamatkan Anas...namun dia berdebar setelah hampir sejam aku tidak kuar...ini sebenarnya adalah salah faham dr pihak OT dan pihak wad sahaja...pihak OT tunggu wad dtg amik...pihak wad tunggu Ot call untuk ambil aku...jdnya lama tunggu di monitoring room....tiada masalah besar pun sebenarnya hanya sekadar salah faham sahaja.
Tapi pengalamn di OT agak baru br ku...dgn tampa suami dan aku mengalami sikit kesesakan nafas akibat kesan dr ubat yg diberi....namun kepakaran dr yg di minta amat membanggakan..dgn sekelip mata masalah dapat diatas....inilah kelebihan pembayaran yg dibuat atas kepakaran mereka......dan mereka telah mengetahui history lama yg menyebabkan masalah dapat diatasi dengan mudah. Selain dr itu sudah pasti Allah maha berkuasa memudahkan segalanya dan berkat doa dr suami..emak dan anak ku..asfa farhana yg tidak pernah jemu berdoa untuk umi dan adik...tq dear..i luv u very much..wlpun kecik tapi perwatakan dan doanya sgt menyentuh hati...ingatannya dlm setiap kali solat untuk umi tiada tandingan.
Akhirnya segalanya berakhir dgn selamat dan tiada sebanrang masalah besar...TQ to Allah. Hari rabu aku dan Anas dibenarkan balik...tapi Anas ada sedikit kuning dalam 198...but dr still benarkan kami balik rumah dgn appoitment 2 hari selepasnya..iaiatu hr jumaat.

2 comments:

marzuna said...

akak nak tanya- berpa kos bersalin secara pembedahan di DEMC ek? Tq

SHITA said...

marzuna..sori lambat replay..bersalain c-sear dlm 8k