Semakin dekat menghampiri 17 jan...hati semakin kuat berdebar. Sangat teruja untuk menerima kehadiran baby yang ditunggu selama ni..dan untuk menyambut kelahiran asfa yg ke 6 tahun. Pantas masa berlalu...sehingga tidak terasa sudah 6 tahun usia asfa farhana dan sudah 8 tahun usia perkahwinan kami. Kini teruja untuk melihat orang baru dalam kehidupan kami...semoga segalanya berjalan dengan lancar. Pembedahan akan dilakukan pada 17 jan pg...jam 10.00 pg...dengan dr Norleen di DEMC. Mungkin inilah takdir yang telah Allah tentukan kepadaku...bersalin secara pembedahan pada setiap anak yang dilahirkan. Mungkin Allah tahu aku tak mampu untuk bersalin secara normal seperti org lain.....mungkin kesakitan yang dialami oleh org yg bersalin secara normal tak mampu kutempuh. Sbb itu Allah permudahkan urusanku dengan cara melahirkan anak secara pembedahan...walau apa pun ketentuanNya aku redho. Kali ni pembedahan yang akan dilakukan pada 17 jan ini agak berlainan dr asfa dulu. Kalau asfa dulu dibedah sebab songsang kali ni pembedahan dilakukan sbb ketumbuhan fibroid dlm rahimku. Mengikut O&G jika tidak besar dan fibroid boleh dibuang...pembedahan pembuangan fibroid akan dilakukan terus pada hari yg sama. Jika tidak dapat dibuang maka..pembedahan seterusnya akan dibuat kemudian. Aku hanya mampu berdoa yg terbaik dr Allah. Sbg manusia biasa aku tak tahu apa yg terbaik untukku..hanya Allah yg tahu yg terbaik. Kadang2 kita memohon apa yg kita kehendaki..tapi itu belum tentu terbaik utk kita. Oleh itu pemberian Allah adalah yg terbaik dan pasti hikmahnya sgt besar dan memuaskan hati kita. Aku ada 2 hr lagi untuk mkn apa yg boleh dan buat apa yg boleh dibuat selama ni. Selepas ni blum pasti apa yg ditakdirkan..semoaga Allah lindungiku dan anakku. Semoga segalanya berjalan dgn lancar....aku sentiasa berdoa yg terbaik utk segalanya dan aku tahu org2 sekeliling yg juga turut mendoakan aku. Ya Allah kau mahu berkuasa...........berikan yg terbaik utkku Ya Allah. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment