Wednesday, April 27, 2011

Madinah...

Tulisan Prof Kamil yg sentiasa memberi semangat dan panduan untuk diikuti...mohon di copy prof.

Arwah Abah dan Mak merupakan pasangan intim.

Mereka sentiasa berdua. Di antara keduanya, abahlah yang lebih bergantung kepada mak. Rasanya, jika mak tiada, goreng telur pun abah tersangat kekok. Sebaliknya, tanpa abah, mak lebih suka berdiam diri di rumah.

Mak telah melalui dua peristiwa besar. Pertama kehilangan suami dan kedua kehilangan anak perempuan bongsu. Ia berselang bulan. Mak redha. Namun pastinya perasaan sayu dan sebak sentiasa ada apabila berseorangan. Ia sifat semula jadi.

“Mak, kami ingin berhijrah. Abang Kamil dapat offer ke Madinah,” Roza memecah rahsia tersimpan sepanjang Mak menjaga Abah dan Ayu walaupun seisi dunia yang lain sudah mengetahui. Ia rahsia hanya untuk mak.

“Kami ingin bawa mak sekali. Bukankah ini impian mak? Agaknya, inilah yang Allah kata, di sebalik kesusahan ada kesenangan,” kata-kata yang mungkin tersusun beberapa minggu yang lepas.

Emak diam. Akhirnya air mata mak tidak tertahan lagi. Kuat sedunya. Kami tahu yang beliau dapat membayangi suasana Masjid Nabi dan kawasan sekitarnya yang aman dan damai. Malah ia bukan satu rahsia betapa Madinahlah yang mahu beliau tuju sebagai destinasi akhir.

Hakikatnya, beliau tahu yang impian tersebut hanyalah satu hasrat yang terlalu sukar untuk dilaksanakan. Tiba-tiba jalannya terbuka luas.

“Cuma Mak, kami perlukan kelulusan UiTM. Doakan supaya ia dipermudahkan”.

Pada hari yang lain, saya nyatakan pada mak, “Mak boleh tinggal di sana bersama kami secara berterusan, boleh tinggal sebulan-dua dan balik ke Malaysia sebulan, kemudian datang balik dan begitulah… Saya cuba cari kediaman yang paling hampir dengan masjid Nabi supaya mak boleh berjalan kaki ke sana”

Kisah Madinah ini benar-benar menceriakan Mak. Hampir setiap hari kami membicarakan topik ini. Ia ubat kesegaran yang paling berkesan.

10 tahun dari sekarang aku juga ingin seperti ini...mohon Allah panjangkan umur ibuku untuk turun bersama di sana....Amin

34 sudah

Hari ni genap umur 34 tahun...Alhamdulilah dengan apa yg telah Allah berikan. Nikmat Allah yang tidak dapat didustakan lagi...hujan panas cuaca kehidupan adalah lumrah untuk mematangkan kehidupan ini supaya ia lebih mendekatkan diri dengan Nya. Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan yg telah Engkau berikan kepadaku....tiada tandingan pemberianMu ini. Terima kasih atas kasih sayangMu..kerana memberikan aku suami dan anak2 serta keluarga yg tercinta..Aku amat bahagia dgn apa yg aku ada. Terima kasih Ya Allah atas keberkatan dan limpahan rahmatMu kepadaku..tidak pernah menghampakan harapanku selama ini..terima kasih.
Aku hambaMu yang tak penah malu untuk terus memohon...memohon untuk jadikan kehidupan ini lebih diredhoi dan diberkati. Semoga sisa2 kehidupan yg ada Engkau terus berikan rahmatMu dan syafaat dari kekasihmu Muhammad SAW......
Jika ada yg bertanya apakah harapan dan azam di usia ini....sudah pasti tidak terjawab kerana pelbagai agenda yg ada dalam kotak fikiran. Namun, yg pasti..aku memohon supaya parancanganku untuk bergelar Dr phd sebelum umur 35 akan tercapai...dan penghijrahan untuk berada ditanah haram termakbul. 10 tahun dari sekarang jika Allah panjangkan umur..aku mahu berada di Madinah al munawarrah...berkhidmat dan menghambakan diri di masjid nabawi hingga akhir hayat...semoga Allah terus mendengar dan memberi.....Amin
Harapan di masa terdekat...semoga tesis dapat disiapkan, dinilai dan mendapat tempat di convocation tahun ini....harapan juga supaya anak-anakku menjadi insan2 yg cemerlang didunia dan akhirat dan menjadikan mereka yg terbaik dimana saja dan apa jua yg mereka lakukan. Amin..

Thursday, April 7, 2011

Impian menjadi kenyataan


Hari ni Prof Kamil dapat jadikan impian beliau sebagai kenyaataan iaitu keinginan untuk bermastautin di Madinah. Bila baca blog dan entry beliau hari ni, hati berkata..bila impian aku juga kan menjadi kenyataan seperti dia. Allah berikan dia apa dia inginkan...mungkin berkat doa dan kesungguhkan beliau memohon. Itu yang aku pelajari....Mudah mudahan 10 tahun dr sekarang aku juga berjaya bermastautin di bumi Madinah....berkhidmat dan beribadat disana.....dekat dengan Rasullullah dan dekat dengan Kaabah......dan juga mempunyai tanah kuburan di Alharomain. Amin