Thursday, July 7, 2011

Dugaan phd lagi


Bila bercerita soal dugaan phd, banyak benda yang nak dikatakan. Sepanjang perjalanan mengharungi dugaan ini yg bermula sejak 2008, tak banyak benda dan dugaan ditempuh diawalnya. Perjalanan phd berjalan lancar tampa sebarang kesulitan besar yang tidak disimpan dlm ingatan. Kajian secara keseluruhan dihabiskan dalam masa 2 tahun. Dan dalam jangka masa tersebut semua kajian yang diperlukan dapat dihabiskan dengan jayanya hingga tinggal kurang dari 5% dan juga berbaki penulisan thesis. Hinggakan penyelia sendiri yg meletakkan harapan akan viva dalam masa 3 tahun. Namun Allah maha adil, setiap yang hidup pasti diuji dan ujian bermula dengan tahap kesihatan yang agak kritikal semasa mengandungkan anas bulan april 2010. Hampir 10 bulan kerja kerja phd secara umum tidak bergerak dan setelah kelahiran anas Allah berikan ruang untuk berusaha menyiapkan penulisan thesis dan ianya berakhir dalam masa yang dijangkakan. Namun begitu sekarang sekali lg Allah uji dengan pelbagai perkara yang melibatkan thesis. Kesibukkan penyelia merupakan punca utama thesis tidak dapat dihantar lg. Hanya Allah yg tahu betapa kecewanya kerana terpaksa menunggu begitu dalam dalam proses pembaikan dan penilaian thesis. Tapi apa yg mampu dilakukan ialah berdoa semoga penyelia tidak sibuk dan dibukakan pintu hati untuk selesaikan pembacaan thesis. Bila kerja kita melibatkan org lain, kita tak mampu menyukat masa yg diperlukan. Secepat mana kita..sehandal mana kita dalam kajian yang dijalankan ianya akan tersangkut bila melibatkan org2 sekeliling dimana suka atau tidak kita perlu melalui mereka. Tak ada org yang mampu membantu dalam keadaan begini. Kita tidak mempu menghalang kesibukkan penyelia kita......apa yg mampu adalah berharap dan berdoa semoga Allah membantu kita. Tapi sebagai manusia.....kkdg kita lupa utk tawakal dan berserah kepadanya 100%. Hati kita pasti berdetik dan selalu terkeluar persoalan kenapa dan kenapa......Sama-sama kita belajar dan mendidik hati kita supaya bertawakal dan berkeyakinan penuh padaNya walau dalam apa keadaan sekalipun.

2 comments:

kuchalana said...

hidup ni xsempurna klu xda dugaan.. i beliave u are stronger than u think.. terus percaya pada ketentuannya.. lelah dan merungut xkan byk membantu.. :)

SHITA said...

kkdg2 saya sudah tak mampu untuk lelah dan merungut lg...kkdg saya hanya mampu pasrah