Friday, August 19, 2011

saigon...3 hari 2 malam

Trip kami ke saigon kali ini hanya 3 hari 2 malam sahaja. Muhammad Anas Farhan di tinggal diMalaysia bersama bibik dirumah Along. Credit to along, kaklong dan juga makusu=noni yang tolong tgkkan anas sepanjang kami tak de. Basically ini adalah aktiviti kami disana. Dalam masa 3 hari kami tidak membuang masa sangat..setiap jam dipenuhi dengan aktiviti dan hotel hanya tempat untuk tidor, solat dan rehatkan diri. Sebelum diceritakan aktiviti disana ada beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama.

1. orang vietnam kuat menipu so hati2
2. barang disana memang murah..perlu tawar harga 50-70 pcent
3. sebelum pegi kena study forum utk yg tak pakai tourist guide. forum yang sgt berguna All about vietnam. Sgt informatik dan semua perbincangan dalam tu sgt berguna dan menarik
4. sebelum pergi kena study harga teksi utk pergi dari satu tempat ke satu tempat supaya tak kena tipu
5. jgn naik beca...sbb ramai yg kena tipu
6. jangan makan sebarangan, hanya boleh mkn di restoran halal sahaja spt halal @saigon, Bombay restaurant, Bon Mua/ Four season, sulaiman restaurant, Halal Vietnam, Kedai Shamsudin
7. hotel kat sana murah kebanyakkan kurang dr rm100 dan service sgt ok....AVA hotel service sgt bgs wlpun hotelnya agak jauh dr bent than market
8. buah kat sana sangat sedap
9. mekong trip sangat menarik
10. pasar malam best juga untuk beli barang
11. kena bw makanan halal dr malaysia seperti roti dan serunding utk yg suka mkn....
12. makanan halal disana agak mahal
13. bila naik teksi pastikan sebut berapa harga tambang..kalau drive setuju baru naik. kalau tak setuju cari teksi lain

Aktiviti
Kami stay kat AVA hotel...hotelnya kecik tapi service sangat bagus. ada kawan yang tolong bookingkan. kalau sapa yang nak booking boleh tulis email dorang avahotelsaigon@yahoo.com. Tapi hotel ni agak jauh untuk berulang alik ke pasar bent than. So utk yg tak kuat berjalan better cari hotel lain yg berhampiran dgn bent than seperti saigon pink2, boss hotel dan beberapa lg- boleh check dalam forum.
Flight kami pukul 9.15 dan perjalanan 2 jam...tapi waktu vietnam lewat 1 jam...so sampai sana kul 10.15 waktu vietnam..waktu malaysia 11.15
Ambil teksi biru..vinasun ke hotel...tambang lebih kurang 150000 vd. kalau lebih dia tipu maksudnya..cari teksi yang lain yg boleh bagi harga 150000vd.
Sampai hotel letak barang...kuar shopping kat bent than sampai ptg. Makan kat VN halal...mkn ok-ok sahaja untuk lapik perut. Malam shopping lg di pasar malam. Kedai kain pasang yang menarik kedai untie Dam.
2 nd day trip ke mekong river...10 usd seorang ...dari pagi sampai kul 6 ptg baru sampai balik ke hotel. Perjalanan ke sana dalam 3 -4 jam....sangat menarik. Segala bot anda akan naiki. Food provided tapi sebagai org islam mmg tak tergamak utk mkn. So jgn lupa bw bekal roti..klu tak kelaparan nanti. Kitaorg bw serunding dan siap beli nasi putih kat vn halal sebelum pegi utk bekalan asfa farhana. Mekong river ni adalag 10 sungai terpanjang didunia. Dapat berkenalan dgn org australia dan canada...friendly. Dapat lepaskan rindu pd anas dgn tgk anak dia yg sebaya anas lebih kurang. Anda perlu rasai suasan mekong river
Hari ketiga melawat tempat bersejarah di saigon. Kami hanya berjalan kaki...antara tempat menarik ialah post office, war remnants museum, reunification palace, cathedral notre dame, people commitee hall, opera house dan lain2. Tempat bersejarah ni asfa lah yang paling teruja...terutama war museum sbb tgk org putih menjajah vietnam....dengan tgk penjaranya..alat potong kepala dan lain2. Dia sgt teruja.....
Mlm lps mandi kami bertolak ke airport utk balik Malaysia. Hotel kitaorg check out lambat dan bayar xtra la utk hr tu..tapi berbaloi.
Bercerita pasal shopping....wah heaven utk org2 yg suka shopping mcm i lah.....kain cotton design baru kuar seminggu sekali..bj siap yg penuh labuci..bling..bling..dan segala mcm brg yg sgt murah dan berbaloi utk dibeli. Kalau pergi kesana jgn bw duit sikit rugi nanti....orang kata alang2 pergi kan. Ayat ni tak valid utk org yg berjimat yek..sori...Gambar tak de dlm laptop ni..ada dlm laptop my hubby..so tak dapat nak upload.

No comments: