Lepas balik 3 hari....kami suami isteri pergi lagi ke saigon. Kali ni tujuan kami utk ambil barang jualan sempena hari raya aidilfirti. Banyak juga barang yang kami ambil...antaranya baju siap yang berlabuci, jubah, telekung dan smocking dress utk kanak2. Kami jual harga yang agak rendah jika dibanding kan harga pasaran...so sesapa yang berminat boleh bgtau lah...saya pasti harga kami tiada tandingan terutama dah nak dekat raya ni.....Ini adalah antara keje giler yang pernah saya buat di kala ini. Tak pernah ada dlm diari hidup saya utk berniaga...tapi saigon membenarkan saya melaksanakan kerja yang agak tak masuk akal utk org seperti saya. Namun begitu, mungkinkah ini satu permulaan kepada sebuah impian saya selama ni...hanya Allah yang lebih mengetahui.
Kita hanya merancang Allah penentu segala yang terbaik utk kita....2nd trip saya ke saigon membuka satu peluang untuk jadikan impian saya satu kenyataan. Saya secara tidak sengaja terjumpa seseorang yang mengusahan jahitan baju dan jahitan manik disaigon secara besar besaran.......dan ini memberi saya peluang untuk membina baju design dan jenama saya sendiri insyaallah. Dan saya juga terjumpa seorang kawan yang menjahit telekung dan memberikan harga yg murah jika dibandingkan ditempat lain. Segalanya bermula disini...dan mohon Allah tunjukkan saya jalan untuk jadikan impian saya satu kenyataan sebelum menjelang raya aidiladha. Ya Allah hanya engkau tahu apa yg terbaik utkku..maka dorongkan aku kejalan yang betul dan diredhoi. Tunggulah baju kurung dan baju kurung pahang yang berlabuci serta cotton blouse bertag "Asfanas Collection" muncul sebelum raya haji untuk anda bergaya di hari lebaran tersebut. Insyaallah....
No comments:
Post a Comment