Friday, November 14, 2008

Terluka

Hari ni hari yg tak memberangsangkan.....dari dulu mmg sukar utk diriku bersifat kepura-puraan. Setiap benda yg ada dlm hati sukar disembunyikan...dan mungkin itu salah satu kelemahan yg ada. Kalau ada masalah tidak suka bertangguh utk diselesaikan..dan bila wujudkan keresahan hati, kerja yg tak berkualiti selalu terhasil. Dulu, sekarang dan selamanya...benda yg selalu dipohon pada Allah ialah kurniakan kesihatan yg baik pada anak, suami dan emak...sebab itu adalah punca utama hati dan fikiran akan jd tidak menentu. Hari ni terasa hati ni sakit sgt...sangat yg tak mampu ditahan hingga tak mampu utk bercakap dgn org yg meyakiti hati. Itu maknanya marah sgt sampai max la tu...(selagi blh berckp marah tu blum tepu..tapi bila diam..maknanya marah yg sgt melampau) tp dlm keadaan itu masih tercari-cari penawar supaya lebih cool..dan tenyata hingga disaat ini masih tiada penawarnya kerana satu kerja yg berkualiti blum dilakukan utk hari ni. Sakit sgt hati ni kerana terasa diri dan keluarga tertipu...diperbodohkan dan dipermainkan oleh org yg tak sepatutnya. Dlm kes ini perlu ada teman utk berbicara dan berbual supaya ianya terurai...dan kesakitan yg ditanggung dapat diubati...mungkin perlu kuar dr rumah sekejap utk menenangkan diri........kkdg kita ikhlas menolong org, membuat yg terbaik kepada org lain.....tp dalam keadaan sedar atau tidak kita diperbodohkan. Mmg mudah utk berkata..tak pelah..nanti dia akan dapat balasan yg sewajarnya, tp kita sukar utk menempuh seperti apa yg dibicara. Sebagai manusia normal yg serba kekurangan..bukan mudah utk kita menerima semuanya dengan bulat apa yg berlaku sbb kita sendiri ada hati, perasaan dan emosi. Sakitnya hati hari ni..harap2 ia akan berakhir secepat mungkin...

No comments: