Monday, November 17, 2008

Sedih


Semalam sepatutnya satu post diupload..tapi disebabkan tak de mood..maka terpaksalah di tulis pada hr ni..semalam adalah hari yg sedih buat diriku dan asfa farhana. Sian asfa jd mangsa pada kekusutan perasaanku..tp ada jugak salah dia sbb mcm2 perangi dia smlm. Tp paling sedih bila dia nak tidur...tetiba air mata dia mengalir sambil2 dia nak tidur...dan bila ditanya kenapa sedih dia cakap "asfa sayang umi, asfa sayang baba..asfa nak baba..."dia terus menangis kuat..dan dlm menangis tu dia ckp "napa baba pegi kerja tak balik..napa tinggal asfa...baba balik lah tak payah pegi keje, asfa tak nak minta apa2 pun..tak nak mainan, tak nak gi jalan2". Biasanya bila dia dimarahi, tempat dia mengadu dan bermanja adalah babanya..tp mlm td dia takde tempat tu..salah satu sbb dia sgt sedih.Hati turut rasa hiba yg amat sgt..secara tak sedar air mata turut mengalir...tp dalam pd itu terpaksa menjadi kuat utk dia supaya dia kuat..wlpun dalam hati hanya Allah yg tahu. Lama dipujuk..akhirnya dia hilang skit perasaan sedih tu ...dan dia tertidur dalam pelukan (kalau tak sedih pun tidur kena peluk juga). Ya Allah..anak sekecil itu sudah tahu rasa kehilangan...sudah tahu erti kesepian tampa baba disisi. Apatah lg sebagai isteri...tp apa boleh buat. Hubby pergi outstation sampai khamis baru balik...dah tgjwb terpaksalah dilaksanakan. Dari jauh hanya doa yg mampu dipohon supaya hubby selamat pergi dan balik..dan dipermudahkan segala urusan. Sebenarnya outstation ni adalah benda normal pada kami sekeluarga, tp kali ni mungkin terlalu kerap babanya tinggalkan dia dan juga kesan dari kena marah juga menyebabkan dia terlalu sedih dan sebak. Dalam pada itu, hati terpikir..jika ditakdirkan Allah kami diuji dengan kehilangan salah seorang dr kami..mcm manalah perjalanan hidup ini dapat diteruskan. Mampukah utk diteruskan..tabahkah utk menghadapi segala rintangan dan ujian. Astagfirullahhalazim...mohon keampunan Allah dan mohon belas kasihan supaya semuanya selamat dan sejahtera. Bgn pg tadi kami sama2 bengkak mata akibat kesedihan malam td..dan untuk mengelakkan asfa terus rasa kesepian, jalan terbaik adalah menghantarnya ke rumah mama yg amat menyayangi dia. Disana dia ada angah dan kakak yg akan melayan dia. Sebenarnya asfa farhana adalah seorang anak yg sgt sensitif...dia mmg akan cepat sedih bila dimarahi dan kemarahan kita akan memberi effect yg besar pada hati dan perasaan dia...setiap mlm dlm tidur dia akan mendengar mcm2 pesanan dan doa dr umi dan babanya. Surah Al-Fatihah, ayat kursi dan surah ash-sharh (alam nashroh) adalah doa umum utk anak2 dan doa spesifik yg diperlukan adalah dtg dr kita sebagai ibu bapa. Semoga asfa menjadi anak yg solehah, baik budi pekertinya, agamanya dan dirahmati Allah selamanya..Amin

No comments: