Tuesday, September 29, 2009

Raya


Raya tahun ni disambut dikuala selangor.....kg hubby, dan ini lah pertama kali raya tampa seorang ibu bg adik beradik hubby.....dan kami sebagai menantu turut merasai kehilangan ibu mertua. Walaupun ketiadaan beliau dirasai dihati masing2..namun tradisi tetap diteruskan seperti arwah masih ada. Seperti biasa..ketupat disediakan dlm seratus biji, rendang ayam 2 ekor dan menu yg paling penting ialah rendang kerang. Tetamu yg datang ke rumah pasti mencari rendang kerang yg dimasak arwah. Jadi disebabkan itu..makanya kami adik beradik berusaha bersungguh2 utk memasak yg terbaik kerana tidak mahu tetamu yg datang serta Abah kecewa dengan ketiadaan rendang kerang...walaupun tiada seorang dr kami yg confident dan menuntut ilmu rendang kerang dr arwah. Selama arwah hidup, kami hanya tolong potong2 apa yg patut...segala campuran diadun oleh arwah. Namun...dengan pengalaman yg ada akhirnya kami berjaya menyediakan apa yg sepatutnya...dan kami agak berpuas hati kerana kebanyakkan tetamu yg datang kata sama seperti arwah masak. Alhamdulillah.........Alfatihah utk arwah.
Raya ke dua ptg balik Kedah...beraya di semua rumah adik beradik...dan doaku untuk arwah bapa tidak pernak ditinggalkan. Semoga ayah berada bersama org2 beriman..dan disyurgamu Ya Allah. Kehilangan agak terasa diwaktu begini...namun sume kami tetap seperti biasa kerana didikan yg telah diberikan menjadikan kami sume kuat menghadapi segalanya. Alhamdulillah. Alfatihah utk arwah juga.....
Raya kami dipanjangkan dengan percutian ke Pulau Langkawi...tiada yg menarik diLangkawi (mungkin sbb dah biasa sgt)..........tapi yg pasti coklate, pinggan mangkuk dan periuk mmg berbaloi beli. Sempat juga beli pressure cooker.....senang sikit nak masak daging lepas ni. Asfa tak takut pun naik bot...malahan dia amat suka bila ombak besar datang. Bila laut kembali tenang dia akan boring dan tido.........asfa....asfa....sume benda nak yg mencabar saja.
Sekarang puasa 6 berlangsung...dan bila raya 6 akan disambut? Bila habis puasa..........weekend terpaksa berbuka puasa sbb open house sgtlah banyak....tetamu yg datang juga perlu diraikan...dan jemputan juga perlu dipenuhi. Tahun ni tiada open house..kerana setiap hr rumah kami sentiasa open utk sesiapa saja yg nak dtg...rasanya setiap ujung minggu dah ada tempahan dr kawan2 yg akan dtg beraya dirumah...makanya tahun ni 8 kali lah open house. So kepada sesiapa yg nak dtg umah..silakan lah dtg....cuma bgtau sehari sebelum sepaya kitaorg boleh bersedia utk tidak keluar. Selamat berada dibulan Syawal.

Friday, September 18, 2009

Balik kampung

Ptg ni kami sekeluarga akan balik kampung..kuala selangor. Tahun ni raya turn sini (hubby). Kebetulan juga tahun ni sambutan raya pertama tampa ibu mertua. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga kita semua selamat pergi dan kembali dengan selamat. Hari raya ke dua...kami akan balik Kedah..kampungku. Yahoo...bestnya, tak sabar nak mkn ketupat mak. Kalau ada kelapangan..destinasi lawatan cuti kali ni adalah Langkawi. Hubby dgn Asfa tak penah naik bot pegi Langkawi....Semoga kita semua berada dibawah payung rahmat Allah.

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


Sempena mengjelang hari raya Aidilfitri ini, saya dan keluarga mohon ampun dan maaf diatas segala salah silap, tersalah bicara dan pertuturan tidak terjaga. Semoga kita semua dilimpahi rahmatNya sentiasa dan sambutan Aidilfitri kali ini diberkati.

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan berlalu

Sedar atau tidak hr ni sudah 27 hr umat Islam berpuasa. Terasa cepat masa berlalu.....dan Ramadhan akan tinggalkan kita sume. Terasa juga akan kehilangan bulan mulia ini wlpun sume tahu yg hari raya bakal menjelang. Keindahan Ramadhan akan berlalu dan adakah kita akan ditemukan lg dgn Ramadhan di tahun hadapan..........Ramadhan tahun ni Allah kurniakan rezeki dan rahmatnya yg melimpah kepada kami. Mungkin ini satu ujian yg Allah berikan untuk melihat sejauh mana kesyukuran dan ketaatan kepadaNya. Apa yg pasti terasa sedih kerana Ramadhan akan pergi........dan jika ada pilihan ketibaan Syawal terasa ingin dilambatkan. Tapi setiap putaran masa dan perancangan Allah lebih hebat dr segalanya. Syukur atas nikmat yg telah diberikan...

Saturday, September 12, 2009

Jalan TAR

Semalam balik dr buka puasa kat Felda..tak lalu highway, so lalulah pusat bandar Kuala Lumpur. Agak jem sebab kete banyak dan rasanya sume org kuar shopping. Terlintas gak kat hati teringin nak tgk mcm mana suasana jalan Tar dimusim perayaan..so hubby pun lalu lah ikut jalan Tar...puhh tak tahan jem...wlpun belum sampai ke jalan Tar yg sebenar. Org berniaga disemua kaki lima yg ada..(1st time tgk) dan dibelakang2 bgn seperti biasalah....penuh dgn booth2 yg nampak dr jauh macam-macam ada. Dalam hati ckp..ini kalau dapat singgah merayap syok ni...tapi sel otak yg baik ckp...buat apa nak singgah..dengan sesak dan ramai org..nak cari pasal buat apa, elok2 sihat walafiat..nanti sakit lg susah....dan hati yg sama jugak berkata2...alah kalau ajak hubby singgah pun confirm 120% dia tak nak punya. Sebelum ni pun dia dah ckp....kalau nak ajak dia pi Jalan Tar cr baju melayu dia yg belum dibeli tu..pakai bj lama pun tak kisah...(menunjukkan dia mmg tak nak pegi tempat sesak mcm tu lah tu....). Kadang2 terpikir dan nak tahu jugak....murah sangat ke barang2 yg dijual kat jalan Tar tu? Tak de org yg boleh bg comparison harga diantara jalan Tar dan tempat lain. Selalu bj Melayu sepasang yang dibeli dikomplek PKNS paling tidak rm180-rm200 (kain cantik dan harga dikedai atas). Kat jalan Tar boleh dapat kualiti yg sama dengan harga murah ke? Kalau boleh maknanya itulah sebab berlaku kesesakan. So disebabkan dengan penuh kepastian dan keyakinan hubby tak nak singgah makanya diam dan tgk je lah dr jauh....tu pun tak sempat nak masuk ke jalan Tar betul pun..dah sesak sgt..hubby ikut jalan lain....mcm mana suasana dijalan Tar yg sebenarnya rasanya dah boleh bayanglah dgn kesesakan tu.........apalah yg dorang ni dok beli, tak hbs2 ke shopping ni...gawat tak gawat sama je kot. Oooo...tapi lupa pulak gj gov dah masuk selasa lepas lg rasanya....sbb tu sume org shopping. Dlm ramai2 tu pasti ada yg dah hbs kan duit gj yg sepatutnya dapat ujung bulan ni kan? so nak menunggu gj ujung bulan 10 mcm mana tu???? Jgn sampai tak de makan cukuplah, tapi kaki tangan sokongan dapat rm500 duit raya. Kakitangan bukan sokongan?????Emm....sepatutnya boleh bg kat sume tu sbb harga minyak petrol kan naik, dah boleh cover dah setakat rm500 tu...dan warga felda rm300. Banyak lg budget lebihan tu......macam2 pesen manusia ni...dan macam2 gaya org kat tgh bandar tu...

Thursday, September 10, 2009

Hari ini dlm sejarah....

Hari ini dalam sejarah asfa habiskan mkn happy meal kat mc d semalam. Semalam buka pose kat mc d...dan semlm asfa pose lama...kul 11pg sampai magrib. Sian tgknya....tapi bila tanya..dia sendiri yg tak nak mkn..dia puasa dia kata. Dah kul 6.30..asyik tanya je bila nak azan....bila dah azan..mkn tak toleh dah kiri kanan..selalu happy meal set dia jarang hbs....ini sume sekali hbs...tinggal kentang je 3 batang..tu pun sbb baba ckp dah la tu...nak balik solat magrib....dlm nak balik tu siap suh tapow yg tinggal 3 batang tu..nak mkn kat umah. Alahai.............selain tu kek secret receipi fov dia...tak tinggal..mkn juga. Lapar sgt lah tu....kelakar pulak rasanya. Asfa..asfa...baguslah juga..wlpun 4 tahun jiwa kuat utk tahan susu...tu yg penting tu. Tahun depan leh puasa penuh..mudah-mudahan.

Tuesday, September 8, 2009

Masalah org lain

Hari ni patutnya fokus kepada analisis pilot test.....tapi masa yg ada pulak Allah telah tarik dgn mendengar dan memikirkan masalah org lain. Alahai...apa sebenarnya hikmah disebaliknnya....td tgh dok fokus..jiran dtg umah...cerita masalah kesempitan kewangan yg dialami...dan minta pinjam duit rm1300, utk belanja raya dia kata. Apa yg aku nak jawab...aku mmg lemah bab2 mendengar masalah org ni....cepat kesian dan sgt simpati. Dan kalau duit tak dimasukkan dlm bank pastilah bantuan telah dihulurkan...disebabkan cash tak de dlm tgn sebanyak itu makanya...aku berjanji ptg nanti...dgn keizinan suami. Bak kata hubby, kalau ada duit dlm tgn dah lama hbs bagi org..pantang dengar masalah org. Bila dia dah balik..col hubby cite...hubby pun susah nak decided apa yg patut dibuat..tolong atau tidak. Sebenarnya kitaorg ni mcm bank pulak..mmg tempat pinjam duit..sebelum ni ada jiran juga dlm kesusahan pinjam rm500..bagi. Tapi sampai sekarang tidak dapat pulangan pun......nak minta segan. Mcm kita pulak yg minta sedekah. Mcm mana tu...hubby kata anggab sedekah je lah...jgn pikir lagi. Lain2 ada lg tapi sudah dibayar alhamdullillah. Hari ni pulak ada lg yg perlukan bantuan. Mcm mana....hubby sendiri tak buat keputusan lg...dia kata solat istikharah...dia juga akan buat..tgk nanti apa Allah tunjukkan....Rezeki apa yg Allah nak kurniakan kepada kami ni..hanya dia yg tahu. Apa yg terbaik yg perlu dilakukan..hanya dia juga yg tahu. Mohon bantuan YaAllah.....
Hubby kata jika ditakdirkan hati tergerak utk bg..makanya tawakkal kpd Allah.......jgn pikir lg akan berbayar ke tidak........apa yg telah ditentukan, itulah ygterbaik. Tapi mana boleh tak pikir....bukan rm100. Tapi mungkin ini masa dorang...org buz mcm tu lah..bila start sangkut..hbs sume sangkut..pada hal kalau pikirkan logik akal...jika tidak mempunyai kemampuan tak kan boleh beli umah dgn harga rm250k....ntah lah...itulah kehidupan. Takut bila dikenangkan dan dibayangkan.......mohon Allah jgn memberi ujian seberat ini kepada kita semua. Tak mampu rasanya nak tanggung. But again Allah maha pengasih dan penyayang..pasti kita dapat kalau kita selalu memohon dan tidak leka..insyaallah.

Banyaknya keje....

Bila dah terlalu banyak sgt keje..serabut kepala otak ni nak pikir...dan jalan penyelesaian yg selalu dilaksanakan ialah senaraikan all the task, dahulukan yg dapat diselesaikan dlm masa yg singkat..dan buat mana yg boleh buat. Yg penting buat...(motivate diri sendiri ni).

Kerja sekolah:
1. Analsis pilot test -using SEM/AMOS
2. Journal - Delphi method..separuh dah siap, delphi teknik belum siap
3. Prepared paper utk International Conference on Public Policy UiTM- egov
paper call : 30.9.2009
abstract : 15.10.2009
4. Prepared paper utk International Conference Art, Social Sciences and Technology UiTM
Electronik Record Management -egov- result pilot
abstract : 30.9.2009
5. Seminar LATEX 2 hari 14 dan 15 hb Sep - UKM Bangi, dr pg sampai ptg
6. International Conference on Social Science- june 2010 Paris, France
- ready for paper
- confirmkan procedure dgn KPT
- banyak urusan di KPT perlu dilaksanakan sebelum tahun 2010 (inilah dianya bila nak pakai duit org ..terpaksalah ikut segala mcm perkara)

Lain kerja yg perlu siap:
1. Turunkan langsir lama..naikkan langsir baru utk satu umah (pengsan ni)- dan membasuhlah langsir lama satu umah ni...ada yg kena pakai tgn ni yg letih ni...
2. Operasi bersihkan umah, kipas, dan segala kebersihan yg berkaitan dgn umah
3. Cari dan beli baju Melayu hubby ,jubah mak dan tudung raya - sib baik sikit je nak cari..lain sume dan ready
4. Majlis buka puasa dirumah sabtu 12hb - kawan2 hubby (kena masak..ini dah separuh kepala pening sbb tak reti masak ni...) dan dah tentu kena kuar cari barang2nya.
5. Basuh sume baju baru - baju raya anak beranak...
6. Menggosok sume baju yg berkaitan utk raya....sbb balik kg dah tak payah gosok terutama balik kuala selangor. Tahun ni raya Kuala Selangor..raya ke dua balik kedah..yahuuuu.
7. Dan mcm2 lagi task umah..yg tak mampu nak senaraikan...............

Puhh...berpeluh tgk task ni sume...mana nak buat dulu pun tak tau. Kerja sekolah lah yg paling sakit jiwa ni.... kerja umah tak de masalah...bisa diatur.....sehari ada 24 jam..tak sempat siang, mlm boleh buat.....dah biasa vakum umah, lipat kain dll kul 12 mlm keatas pun masa asfa kecik2 dulu. Mana tak nya...siang keje...kerja umah bermula selepas asfa tido, Asfa punya time tido pukul 10- 12 mlm. Bila dia dah besar ni lah aktiviti tu sume berakhir....tapi bak kata org alah bisa tegal biasa lah kerja tu sume...pasti boleh setle. Yang tak mampunya ialah kerja sekolah...tak mampu disebabkan mcm2 sebab.....sebab tak cukup bahan, sbb TAK ADA IDEA ....sbb MALAS NAK FIKIR ...sebab Allah tutupkan jalan mudah...hari2 yg dilalui tak betul2 kualiti...sbb mcm2 sebablah.
Ya Allah mohon jadikan hari2 yang dilalui penuh kualiti dan kurniakan idea2 yg bernas utk aku siapakan segala kerja sebelum tiba waktunya. Amin



Monday, September 7, 2009

Puding roti butterscotch

Disebabkan roti butterscotch kat umah nak nak expired....sayang sgt nak buang sbb roti tu kan mahal, kalau tak puasa biasa hbs..bulan pusa ni biasalah, tak termampu utk makan sume benda......makanya wujudlah resepi baru yg dibina berdasarkan apa yg ada dirumah....wlpun begitu setelah dirasa bila berbuka pose..rasanya boleh tahan dan yg penting asfa dan hubby suka.
Bahan2 nya:
roti butterscotch 3 keping
Sedikit agar2
Susu pekat manis 2 senduk
gula 3 sudu besar

Masak agar2 sampai hancur..masukkan gula..masukkan susu...masukkan rori butterscotch. kacau sampai agak rotinya sebati dan lembut....angkat. Disebabkan kurma terlalu banyak kat umah (org bg)...maka puding roti butterscotch ini disedapkan lg dengan hirisan kurma yg ditabur diatas permukaan puding td.....bila dah sejuk sikit masukkan dlm peti sejuk. Pasti sedap...

Wednesday, September 2, 2009

Kampung..bandar

Indahnya hari2 yg dilalui di kampung halaman...tampa memikirkan sebarang kerja yg terbeban, nikmatnya menikmati masakan bonda yg dikasihi...indahnya waktu bersama keluarga tampa kelam kabut sana sini.....dan bahagianya rasa hati menikmati ketenangan hidup dengan fikiran yg kosong. Bila sampai ke Shah Alam...fikiran mula berserabut..terbayangkan kerja yg menanti..aduh seksanya melaui saat2 begini. Sesaknya PLUS masa balik alor setar-shah alam, shah alam-alor setar, sesak lg fikiran sendiri bila ternampak bumbung umah. Jejaknya ke shah alam secara automatik seketul bebanan yg besar menanti, tunggu untuk dipecahkan sikit2...dan bilakah pecahan itu akan hancur sepenuhnya hanya Dia yg maha mengetahui. Kita hanya merancang, berdoa mendapat yg terbaik....tapi hakikat yg akan berlaku belum pasti. Sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan apa yg sepatutnya. Budak sekecil asfa pun dah tahu bosan tgk umi selalu sgt mengadap laptop...selalu complain....bosan lah week days...baba keje...umi pulak asyik buat kerja kat komputer je. Apa boleh buat asfa........dah tanggunjawab umi. Nanti bila besar asfa akan faham....tapi cuti/weekend umi dgn baba layan asfa sepenuhnya kan...so oklah tu.
Hari ni asfa minta tidur umah mama dia sbb nak ikut mama solat terawih kat masjid...disebabkan perjanjian telah dibuat dr last week, makanya terpaksalah ditunaikan. Bila tinggal berdua makan biasanya kat kedai je....dan makan mana yg rasa nak mkn sbb tak payah pikirkan bahagian asfa yg sgt cerewet mknnya. So bila ptg.....hubby dr office dan aku dr umah berjumpa di ani sup utara TTDI. Buffet ramadhan pertama yg kitaorg pegi secara tak dirancang....rm29.90 per head dan mkn boleh lah.....ada satu cerita yg perlu dijadikan ikhtibar. Pg td hubby bg sejumlah duit yg perlu disimpan sbb dia kata bulan puasa bukan nak mkn pun kat office..bw rm50 cukupla....bila nak kuar seperti biasa jarang check duit dlm wallet sbb dah tahu kuar dgn hubby pastilah dia yg bayar..dan nak dijadikan cite..duit yg hubby bg pg td tak dimasukkan dlm wallet..dimasukkan dlm drawer meja study. Bila sampai kat restoran nak bayar buffet yg harganya rm60...br teringat nak check duit...dan teringat pulak mesti duit hubby tak cukup sbb dia dah bg duit dia pg td..dan duit tu ada dlm drawer kat umah. Aduh...mmg panic...dah la dah nak azan dah time tu...sib baik bila buka wallet ada duit rm50...emm....dapat lah bayar buffet tu, kalau tak tak dapat bayangkan mcm mana nak bayar...kredit kad tak bole pakai pulak tu kat situ. Pengajarannya...next time jgn suka letak duit merata2...dan check dulu duit ada dlm wallet ada ke tak sebelum kuar. Yg peliknya...selalu hubby akan simpan je duit dlm wallet dia setakat 2-3 ratus tu...tapi hr ni pulak nak bw rm50 je...itu lah org kata dah nak jadi cite. Dan letak duit merata tempat tu mmg lah...tak dpt dinafikan sentiasa berlaku.....hahahaha. Mcm2 hal...