Hati dah mula ingatkan thesis yg belum siap....hari ni hari ke 8 aku dah bangun mengadap komputer untuk panaskan segalanya supaya mood untuk menulis thesis dtg kembali..semoga Allah mudahkan....
Tuesday, January 25, 2011
Suatu kebetulan, normal atau kekuasaan Allah
Kami gak terkejut dengan telinga anas yg Allah kurniakan.....telingan kiri dan kanan anas sgt jelas tulisan Allah. adakah itu stu kebetulan...atau adakah sume bayi yg dilahirkan begitu bentuknya? aku sendiri tidak pasti kerana...tak de bayi nak compare.....tapi kami sgt tertanya-tanya adakah ianya normal..satu kebetulan atau anugerah....
Aqiqah
Alhamdulillah aqiqiah anas farhan telah selamat dijalankan di tanha haram mekkah almukaramah pada hari ke 7 kelahirannya....dan pd hari ketujuh juga anas telah bercukup kepalanya. Baba yg buat kepalanya botak. Untuk aqiqah..ustaz alimin telah uruskan di mekkah..terima kasih atas bantuan...dan pertolongan. Mudah mudahan berkat tanah haram anas akan menjadi anak yg soleh....amin. Kebetulan juga anas dijadikan setelah balik dr umrah....berkat berdoa di depan kaabah...alhamdulillah. Semoga anas menjadi seorang ulamak terkenal suatu hari nanti..itulah impan umi dan baba....amin
Anas dan jaundice
Setelah kuar dr DEMC pada hr rabu...Anas terus dimandikan dengan ubat yg dibeli dr kedai sensei..untuk hilangkan kuning. Dan ubat homepathy juga terus diberi kepada anas.....satu pengalaman baruyang ingin dikongsi bersama untuk pengajaran sume yg membaca.Mungkin ini adalah satu kebetulan...tapi kebetulan yg boleh diambil pengajaran....sejak dr hari kedua kelahiran anas kami telah memberi dia ubta kuning homepathy dengan harapan anas tak kena kuning...tapi ruapanya sangkaan kami kali ini tidak tepat dan tindakan kami juga mengundang satu pengajaran. Aku perasan sejak diberi ubat hmpathy...kuning anas dah mula kena....kami still teruskan bg ubat hmpathy hingga berjumpa dr pada hr jumaat yang memberikan berita sedih buat kami. Kuning anas sgt tinggi 458....masyaallah..waktu itu hanya Allah yg tahu apa yg kami rasa. Akhirnya anas terpkasa ditahan diward..untuk fototerapi. Aku sangat sedih..asyik nangis je sbb terpaksa berpisah dgn anas dan risau dgn keadaan dia.....asfa pun sama...asyik nagis ingat kan adaik dan rindukan adik. Setiapa kali dia tgk brg2 adik dia akan nangis sbb dia kata dia sayangkan adik dan rindukan adik..kenapa adik kena masuk ward. Keadan berlalu selama 2 malam..hari jumaat anas warded ..hari ahad dia dapatkuar ..alhamdulillah..tq to Allah kerana memudahkan segalanya. Anas sgt aktif dan kuningnya sgt cepat turun. Memula masuk bacaan adalah 458...kemudian ptg turun 370..dan esok pgnya turun 200...dan setelah semalaman tampa lampu maintain 160....so sbb tu dr benarkan anas kuar. ALhamdulillah berkat pertolongan Allah ..dan kuasa drNya. Berkat doa sume org....sekarang anas dirumah...masih ada kuning tapi mungkin sikit.
kesimpulannya.....jaundice ni tak de ubat yg spesifik..hanya susu yang dapat memulihkannya dan fototerapi...banyakkan bg susu..aklau susu formula 3oz setiap 3 jam..balau breast milk 2jam sekali..3 oz.Hanya itu solutionnya...jangan sekali2 masukkan apa2 bahan dalam badan babi yg br lahir..jgn percaya kepada semua petua yg melibatkan pemberian mkn kepada bb..kerana ia amat merbahaya..hanya susu dan boleh diminum. Kalau nak amalkan petua org tua2....boleh. Tapi amalkan yg melibatkan luaran sahaja....seerti mandikan dgn daun2..dan sebagainya.
Untuk kes anas..kami yakin 100% ubat hmpathy yg kami berikan kepadanya menyebabkan kuning dia sgt tinggi..sbb hati anas tak dpt proses ubat tersebut. aBukan sume ubat yg dimasukkan hati bb dapat terima...kalau boleh terima mungkin akan sembuh..tapi kalau sebaliknya tinggi nya yg sangat melampau. Itulah pengajaran dan pelajaran yag kami dapat....
Jgn sekali2 berikan sebarang mkn untuk bb yg br lahir...untuk hilangkan kuning..tak de pembuktian dan jika difikirkan ia adalah sgt berisiko. Alhamdulillah wlpun kami diuji..namun Allah bg jalan mudah untuk selesaikan...tq to Allah...
Muhammad Anas Farhan
17 jan 2011 jam 10.43 pg permata yang ditunggu tealah muncul melihat dunia. Maka bermualalah kehidupan baru bg kami sekeluarga dan juga bg dia sebagai insan dan muslim dibumi ini. Kami sentiasa mendoakan dia menjadi anak yg soleh dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Pengalaman masuk ke operation theater tampa suami adalah pengalaman baru. Mengikut procedure baru DEMC (darul ehsan medical center) husband dah tak boleh masuk ke OT lg..sejak mereka berpindah ke bangunan baru atas status hospital penuh. Namun demi anak digagahi dan dikuatkan semangat. Seawal 8.00 pg ditemani emak...asfa dan hubby..kami telah keluar dr rumah dan pergi ke DEMC...check in di bilik dan pukul 9.30 segalanya bermula. Baju ditukar....dan ditolak ke OT. Semua pakat adalah request dariku..dimana semuanya dalah org lama yag menyambut asfa. O&G DR Norleen...pakar bius Dr Jaseemuddin...pediatric Dr Roliza. Kesemua mereka mememgang rekod lama aku....dimana segala history telah diketahui. Pengalaman yg agak menakutkan (sbb aku mmg takut)...hingga gurauan dan borak2 dr mereka aku anggab kosong dan malas nak melayan....
Pukul 10.20 segalanya bermula..suntikan epidural diberikan oleh Dr Jas...dan pembedahan bermula....Muhammad Anas Farhan keluar melihat dunia tepat jam 10.43 dengan berat 3.71kg dantinggi 54 cm. Alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan lancar...Anas pun sihat bagai johan..pipi labuh...dan penuh.
Hubby diluar lega setelah azan dan iqamatkan Anas...namun dia berdebar setelah hampir sejam aku tidak kuar...ini sebenarnya adalah salah faham dr pihak OT dan pihak wad sahaja...pihak OT tunggu wad dtg amik...pihak wad tunggu Ot call untuk ambil aku...jdnya lama tunggu di monitoring room....tiada masalah besar pun sebenarnya hanya sekadar salah faham sahaja.
Tapi pengalamn di OT agak baru br ku...dgn tampa suami dan aku mengalami sikit kesesakan nafas akibat kesan dr ubat yg diberi....namun kepakaran dr yg di minta amat membanggakan..dgn sekelip mata masalah dapat diatas....inilah kelebihan pembayaran yg dibuat atas kepakaran mereka......dan mereka telah mengetahui history lama yg menyebabkan masalah dapat diatasi dengan mudah. Selain dr itu sudah pasti Allah maha berkuasa memudahkan segalanya dan berkat doa dr suami..emak dan anak ku..asfa farhana yg tidak pernah jemu berdoa untuk umi dan adik...tq dear..i luv u very much..wlpun kecik tapi perwatakan dan doanya sgt menyentuh hati...ingatannya dlm setiap kali solat untuk umi tiada tandingan.
Akhirnya segalanya berakhir dgn selamat dan tiada sebanrang masalah besar...TQ to Allah. Hari rabu aku dan Anas dibenarkan balik...tapi Anas ada sedikit kuning dalam 198...but dr still benarkan kami balik rumah dgn appoitment 2 hari selepasnya..iaiatu hr jumaat.
Saturday, January 15, 2011
2011
Rasanya aku belum ucapkan selamat tahun bari lg dlm blog ni...Selamat tahun baru untuk semua. Tahun 2011 adalah tahun yg berlainan sikit dr tahun2 sebelum ni. Tahun ni kami akan menimang anak yg ke 2..insyaallah. Dan tahun ni juga akan berkahirnya catatan sebuah perjalanan harungi dugaan. Mudah mudahan. Aku dijangka tamat phd pd bulan jun 2011...dan kerja semula pd july 2011. Segalanya adalah sesuatu yg baru br aku...mudah mudahan Alalh mudahkan segalanya. Dalam kepenatan membawa bayi dalam perut yg hampir 40 minggu ...aku masih cuba untuk kuatkan semangat menulis thesis..kerana mahu mengejar konvo pada bulan Ogos 2011. Ramai org berkata padaku konvo tak penting yg penting hbs dengan cemerlang. So dlm pada itu aku memikirkan segala kata2 org sekeliling itu aada betulnya. Akutek perlu kenjar konvo sbb ianya adalah hanya satu anugerah yg dipertontonkan. Hakikat anugerah phd sebenar adalah selesai dgn cemerlang dan mendapat surat senat. Oleh itu aku pasrah dan bertukar kepada kerja yg lebih berkualiti bg memastikan kecemerlangan milikku. Insyaallah. Dengan izin Allah tahun 2011 ini adalah tahun penuh cabaran dan pemberian. Mudah mudahan aku mendapat rahmat sepenuhnya. Mengikut perjanjian maksimum dr Universiti Malaya..bermula dr sekarang aku mempunyai masa lg setahun setengah untuk bercuti belajar. Ada pendapat yg menyatakan ambil peluang tersebut utk bercuti selama yg diberi. Sbb bila bermula masuk kerja..peluang itu sudah tiada. Bila aku pikirkan balik ada betulnya...tapi dlm pd itu hati berkata..aku mahu berkhidmat utk anak bangsa.....so kita hanya merancang..perancangan Allah adalah yg terbaik...oleh itu ketentuan Allah adalah jalan terbaik untuk dilalui berserta doa dan harapan serta tawakkal.
sabtu..ahad..isnin.15,16 dan 17 jan....
Semakin dekat menghampiri 17 jan...hati semakin kuat berdebar. Sangat teruja untuk menerima kehadiran baby yang ditunggu selama ni..dan untuk menyambut kelahiran asfa yg ke 6 tahun. Pantas masa berlalu...sehingga tidak terasa sudah 6 tahun usia asfa farhana dan sudah 8 tahun usia perkahwinan kami. Kini teruja untuk melihat orang baru dalam kehidupan kami...semoga segalanya berjalan dengan lancar. Pembedahan akan dilakukan pada 17 jan pg...jam 10.00 pg...dengan dr Norleen di DEMC. Mungkin inilah takdir yang telah Allah tentukan kepadaku...bersalin secara pembedahan pada setiap anak yang dilahirkan. Mungkin Allah tahu aku tak mampu untuk bersalin secara normal seperti org lain.....mungkin kesakitan yang dialami oleh org yg bersalin secara normal tak mampu kutempuh. Sbb itu Allah permudahkan urusanku dengan cara melahirkan anak secara pembedahan...walau apa pun ketentuanNya aku redho. Kali ni pembedahan yang akan dilakukan pada 17 jan ini agak berlainan dr asfa dulu. Kalau asfa dulu dibedah sebab songsang kali ni pembedahan dilakukan sbb ketumbuhan fibroid dlm rahimku. Mengikut O&G jika tidak besar dan fibroid boleh dibuang...pembedahan pembuangan fibroid akan dilakukan terus pada hari yg sama. Jika tidak dapat dibuang maka..pembedahan seterusnya akan dibuat kemudian. Aku hanya mampu berdoa yg terbaik dr Allah. Sbg manusia biasa aku tak tahu apa yg terbaik untukku..hanya Allah yg tahu yg terbaik. Kadang2 kita memohon apa yg kita kehendaki..tapi itu belum tentu terbaik utk kita. Oleh itu pemberian Allah adalah yg terbaik dan pasti hikmahnya sgt besar dan memuaskan hati kita. Aku ada 2 hr lagi untuk mkn apa yg boleh dan buat apa yg boleh dibuat selama ni. Selepas ni blum pasti apa yg ditakdirkan..semoaga Allah lindungiku dan anakku. Semoga segalanya berjalan dgn lancar....aku sentiasa berdoa yg terbaik utk segalanya dan aku tahu org2 sekeliling yg juga turut mendoakan aku. Ya Allah kau mahu berkuasa...........berikan yg terbaik utkku Ya Allah. Amin
Wednesday, January 5, 2011
Hari makin hampir...
Sehari ke sehari segalanya makin hampir....hampir untuk bersalin..hampir juga untuk target siapkan thesis dan hantar. Dalam keadaan yg tak begitu larat ni..persekolahan asfa perlu juga dipikirkan..mcm2 hal...masalah utama transport. Aduh pening kepala....sbb transport tak de sampai ke Nusa Rhu.Mohon yang terbaik dr Allah. Isnin lepas buat scan dan CTG untuk check construction dan heart beat baby..Alhamdulillah sumenya ok..dan O&G kata masih boleh tunggu sampai 17hb jan untuk deliver baby. Alhamdulillah.....
Sekarang ni dah hampir 5 hari tak buat apa2..sbb busy dgn asfa sekolah dan bila dah banyak jalan sana sini..badan dah tak larat. Hati makin hari makin susah sbb risaukan thesis yg tak tahu bila akan siap dan target akan tercapai atau tidak....Semoga Allah berikan jalan yg terbaik untukku...Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)