Wednesday, August 24, 2011

Suasana raya sudah terasa....

Media hiburan sudah mula memutarkan lagu raya..dan iklan ditv mengenai raya sudah banyak kuar. Suasana raya sudah mula dirasai. Walaupun dalam mood raya...apap kerja yang perlu diteruskan perlu diteruskan. Perjuangan beleum akhir..berjuangan hingga titisan akhir. Ramadhan tahun ni merupakan ramadhan yang paling tidak membazir dari segi berbuka puasa. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas kami banyak habiskan duit untuk mkn di buffet ramadhan yang ratusan ringgit seorang. Tahun ni 95% makan dirumah dan dimasak sendiri. Tiada buffer ramadhan ratusan ringgit tahun ni..dan berbuka diluar dapat dikira dengan jari. Itu pun sbb atas permintaan asfa dan bertujuan untuk melayan dia supaya dapat habiskan puasa selama sebulan. Insyaallah. Kalau ada pun tahun ni order lauk dari kedai atau beli lauk di pasar ramadhan....itu pun kadang2 dan jarang2. Mungkin sbb dah jemu utk mkn makanan hotel yang agak sama dimana saja....dan mungkin juga dgn kehadiran anas yang masil kecik..agak susah untuk dibawa....atau Allah dah tutup pintu hati kami untuk membazir. Tp yg penting terasa masa berjalan begitu pantas hingga tak sempat nak booking buffet ramadhan sebenarnya...dan reason yang lebih kukuh adalah sayang untuk tinggalkan terawih dimasjid dan agak rimas dengan keadaan kelam kabut utk balik kejarkan solat insyak dan terawih dimasjid. Itu merupakan faktor utama kenapa tiada buffet ramadhan utk kami tahun ni.
Tahun ni giliran raya di kuala selangor..dan raya kedua akan balik ke kedah. Semoga kehidupan kita terus dirahmati dengan kehadiran syawal tahun ni..dan semoga dgn kehilangan ramadhan kali ni kita dapat tingkatkan keimanan dan ketaqwaan serta kecintaan kita pada Allah dan rasul. Semoga kita lebih berjaya...dan semoga raya tahun ni merupakan raya terakhir untuk saya bergelar pelajar phd.....perjalanan harungi dugaan. Sesungguh Allah maha mengetahui betapa saya tidak mampu lg untuk melanjutkan masa untuk terus saya harungi segala dugaan ini. Semoga perjalanan ini cepat berakhir dan raya kali ni merupakan titik penamat segalanya. Amin Ya Rob..aku memohon padamu....

Friday, August 19, 2011

Masa berjalan begitu pantas.....

Segalanya berjalan begitu pantas..dan masa yang pantas berlari itu perlu dikejar. Aku memohon agar aku diberikan yang terbaik dalam setiap detik nafas kehidupan....bantulah aku Ya Allah dalam segala hal...aku tak mampu menanggung segala ujianmu.....Ya Allah engkau mudahkan lah segala urusanku...engkau berikan aku kekuatan untuk terus berjuang dalam perjuanganku yang berada dihujung2 ini Ya Allah......Amin..
Dalam perjalanan phd ni...DSG (doctorate support group)-facebook banyak membantu dalam memberi semangat dan memulihkan hati yang kadang2 gundah gulana. Inilah satu2 nya group yg sgt berguna dan berinformasi dan pemulih segala kedukaan. Hanya yang mengharunginya mampu menjadi pengubat kepada yg sama nasibnya. tq to everybody in the group .....that always support each others

Salam Ramadhan

Hari ni dah 19 ramadhan..sudah kedengaran lagu raya berkumandang diradio dan juga media hiburan lain dan juga media sosial. Walau apa pun amalan kita tahun ini perlu dinilai. Allah memberi kita segala nikmat tak tidak dapat kita dustakan....dan kita sebagai hamba hanya perlu melakukan perintahnya dan menghindari larangannya sebagai balasan. Sudah pasti diakhir2 ramadhan ini malam lailatut qadar yg diimpikan..namun adakah rezeki kita utk mendapatkannya. Otak fikiran kita yang cetek ini tidak terjangkau utk berfikir..hanya Dia yang lebih tahu. Ya Allah engkau berikan lah aku yang terbaik ya Allah.....aku sangat lemah tampa rahmatMu....dan aku sgt hina tampa bantuanMu. Semoga kita sume mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat..amin

saigon lagi...

Lepas balik 3 hari....kami suami isteri pergi lagi ke saigon. Kali ni tujuan kami utk ambil barang jualan sempena hari raya aidilfirti. Banyak juga barang yang kami ambil...antaranya baju siap yang berlabuci, jubah, telekung dan smocking dress utk kanak2. Kami jual harga yang agak rendah jika dibanding kan harga pasaran...so sesapa yang berminat boleh bgtau lah...saya pasti harga kami tiada tandingan terutama dah nak dekat raya ni.....Ini adalah antara keje giler yang pernah saya buat di kala ini. Tak pernah ada dlm diari hidup saya utk berniaga...tapi saigon membenarkan saya melaksanakan kerja yang agak tak masuk akal utk org seperti saya. Namun begitu, mungkinkah ini satu permulaan kepada sebuah impian saya selama ni...hanya Allah yang lebih mengetahui.
Kita hanya merancang Allah penentu segala yang terbaik utk kita....2nd trip saya ke saigon membuka satu peluang untuk jadikan impian saya satu kenyataan. Saya secara tidak sengaja terjumpa seseorang yang mengusahan jahitan baju dan jahitan manik disaigon secara besar besaran.......dan ini memberi saya peluang untuk membina baju design dan jenama saya sendiri insyaallah. Dan saya juga terjumpa seorang kawan yang menjahit telekung dan memberikan harga yg murah jika dibandingkan ditempat lain. Segalanya bermula disini...dan mohon Allah tunjukkan saya jalan untuk jadikan impian saya satu kenyataan sebelum menjelang raya aidiladha. Ya Allah hanya engkau tahu apa yg terbaik utkku..maka dorongkan aku kejalan yang betul dan diredhoi. Tunggulah baju kurung dan baju kurung pahang yang berlabuci serta cotton blouse bertag "Asfanas Collection" muncul sebelum raya haji untuk anda bergaya di hari lebaran tersebut. Insyaallah....

saigon...3 hari 2 malam

Trip kami ke saigon kali ini hanya 3 hari 2 malam sahaja. Muhammad Anas Farhan di tinggal diMalaysia bersama bibik dirumah Along. Credit to along, kaklong dan juga makusu=noni yang tolong tgkkan anas sepanjang kami tak de. Basically ini adalah aktiviti kami disana. Dalam masa 3 hari kami tidak membuang masa sangat..setiap jam dipenuhi dengan aktiviti dan hotel hanya tempat untuk tidor, solat dan rehatkan diri. Sebelum diceritakan aktiviti disana ada beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama.

1. orang vietnam kuat menipu so hati2
2. barang disana memang murah..perlu tawar harga 50-70 pcent
3. sebelum pegi kena study forum utk yg tak pakai tourist guide. forum yang sgt berguna All about vietnam. Sgt informatik dan semua perbincangan dalam tu sgt berguna dan menarik
4. sebelum pergi kena study harga teksi utk pergi dari satu tempat ke satu tempat supaya tak kena tipu
5. jgn naik beca...sbb ramai yg kena tipu
6. jangan makan sebarangan, hanya boleh mkn di restoran halal sahaja spt halal @saigon, Bombay restaurant, Bon Mua/ Four season, sulaiman restaurant, Halal Vietnam, Kedai Shamsudin
7. hotel kat sana murah kebanyakkan kurang dr rm100 dan service sgt ok....AVA hotel service sgt bgs wlpun hotelnya agak jauh dr bent than market
8. buah kat sana sangat sedap
9. mekong trip sangat menarik
10. pasar malam best juga untuk beli barang
11. kena bw makanan halal dr malaysia seperti roti dan serunding utk yg suka mkn....
12. makanan halal disana agak mahal
13. bila naik teksi pastikan sebut berapa harga tambang..kalau drive setuju baru naik. kalau tak setuju cari teksi lain

Aktiviti
Kami stay kat AVA hotel...hotelnya kecik tapi service sangat bagus. ada kawan yang tolong bookingkan. kalau sapa yang nak booking boleh tulis email dorang avahotelsaigon@yahoo.com. Tapi hotel ni agak jauh untuk berulang alik ke pasar bent than. So utk yg tak kuat berjalan better cari hotel lain yg berhampiran dgn bent than seperti saigon pink2, boss hotel dan beberapa lg- boleh check dalam forum.
Flight kami pukul 9.15 dan perjalanan 2 jam...tapi waktu vietnam lewat 1 jam...so sampai sana kul 10.15 waktu vietnam..waktu malaysia 11.15
Ambil teksi biru..vinasun ke hotel...tambang lebih kurang 150000 vd. kalau lebih dia tipu maksudnya..cari teksi yang lain yg boleh bagi harga 150000vd.
Sampai hotel letak barang...kuar shopping kat bent than sampai ptg. Makan kat VN halal...mkn ok-ok sahaja untuk lapik perut. Malam shopping lg di pasar malam. Kedai kain pasang yang menarik kedai untie Dam.
2 nd day trip ke mekong river...10 usd seorang ...dari pagi sampai kul 6 ptg baru sampai balik ke hotel. Perjalanan ke sana dalam 3 -4 jam....sangat menarik. Segala bot anda akan naiki. Food provided tapi sebagai org islam mmg tak tergamak utk mkn. So jgn lupa bw bekal roti..klu tak kelaparan nanti. Kitaorg bw serunding dan siap beli nasi putih kat vn halal sebelum pegi utk bekalan asfa farhana. Mekong river ni adalag 10 sungai terpanjang didunia. Dapat berkenalan dgn org australia dan canada...friendly. Dapat lepaskan rindu pd anas dgn tgk anak dia yg sebaya anas lebih kurang. Anda perlu rasai suasan mekong river
Hari ketiga melawat tempat bersejarah di saigon. Kami hanya berjalan kaki...antara tempat menarik ialah post office, war remnants museum, reunification palace, cathedral notre dame, people commitee hall, opera house dan lain2. Tempat bersejarah ni asfa lah yang paling teruja...terutama war museum sbb tgk org putih menjajah vietnam....dengan tgk penjaranya..alat potong kepala dan lain2. Dia sgt teruja.....
Mlm lps mandi kami bertolak ke airport utk balik Malaysia. Hotel kitaorg check out lambat dan bayar xtra la utk hr tu..tapi berbaloi.
Bercerita pasal shopping....wah heaven utk org2 yg suka shopping mcm i lah.....kain cotton design baru kuar seminggu sekali..bj siap yg penuh labuci..bling..bling..dan segala mcm brg yg sgt murah dan berbaloi utk dibeli. Kalau pergi kesana jgn bw duit sikit rugi nanti....orang kata alang2 pergi kan. Ayat ni tak valid utk org yg berjimat yek..sori...Gambar tak de dlm laptop ni..ada dlm laptop my hubby..so tak dapat nak upload.