Tuesday, March 31, 2009

Happy birthday hubby


Hari ni adalah hr ulang tahun kelahiran hubby yg ke 32 [dah tua..ingat tu!]. This year tak de surprise seperti tahun2 yg lepas...sbb apa tak de? Sbb apa yg dah dirancang dapat dikesan oleh hubby sendiri dan dia siap bgtau mlm td dia balik lambat...jgn tgu. So tiada acara pemotongan kek..tiada acara nyanyi lagu birthday dan dllnya. Dalam pd tu tgh pikir apa yg boleh bg dia surprise...so disebabkan tiada celebration seperti tahun2 yg lepas..makanya tahun ini akan ada pembaharuan dlm upacara menyambut birthday hubby. Hari ni nak masak kek kukus coklat sebanyak 3 biji....2 biji utk disedekahkan dan sebiji lagi juga untuk disedekahkan juga tetapi yg sebiji ini utk hubby bawa ke off esok hari.....satu rekod yg belum pernah dicapai memasak kek 3 biji..[sbb mmg tak reti msk]. Selalu setiap tahun secret recepi atau fruity yg menjadi pilihan..tahun ni hand make kek utk disedekahkan....woi hebat tak isteri hubby ni...
Apa2 pun didoakan semoga hubby dipanjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, tercapai segala impian dan diberkati dan dirahmati kehidupan dunia dan akhirat.....semoga kebahgian dan kasih sayang kekal abadi hingga akhir hayat.

Monday, March 30, 2009

[Nama siapa didepan.....]

Penulisan ini adalah hasil daripada Prof Kamil Ibrahim....sangat sesuai utk dibaca terutama org2 yang berada dlm dunia pendidikan...selamat membaca.

Universiti Terbuka PTS mengulas tentang isu penulisan akademik disini.Ia kelihatan kecil. Di universiti ia isu besar. Penulisan akademik selalunya mempunyai lebih daripada satu nama. Mungkin dua, tiga, empat atau lebih lagi. Soalnya, nama siapa di depan? Ia menjadi isu penting kerana pembahagian markah penilaian prestasi atau kenaikan pangkat markahnya berbeza. Nama di hadapan dianggap pengarang utama atau boleh dilihat sebagai ketua penulis.Ada orang tanpa segan silu mahu namanya di hadapan. Tidak buat apa-apa tetapi kerana berjawatan tinggi, mempunyai pengaruh akademik minta supaya namanya ditempel sekali. Ia bagai kaduk naik junjung, berakhir seolah-olah beliau adalah ketua kepada penulisan tersebut. Atau, sumbangannya hanya 10-15 peratus tetapi beliau pandai bercakap, kuat pula tu.. dan mukanya selamba, tiba-tiba sahaja urutan nama bermula dengan nama beliau.

Saya sendiri berpengalaman dikeluarkan nama daripada satu projek [pss… secara senyap-senyap] walaupun model tersebut adalah idea asal saya. Akhirnya ia berjaya memenangi gold medal dalam satu pertandingan inovasi. Profesor dengan profesor pun boleh berlaku, apatah lagi profesor dengan pelajar atau dengan rakan sejawat. Tekanan seumpama ini juga boleh berlaku kepada pensyarah muda daripada Pengarah Kampus atau Dekan Fakulti. Saya diasuh oleh Prof Stuart McLeay, profesor perakaunan daripada Universiti Wales. 10 tahun yang lampau, saya menulis kertas kerja penyelidikan berdasarkan pengajian PhD. Alahai dulu-dulu, saya mempunyai PR yang bagus. Lalu nama pengarangnya di tulis begini:Stuart McLeay, David Neal and Muhd Kamil Ibrahim. Stuart memarahi saya: “Ini kerja awak. Nama awak di hadapan!”. Beliau yang membetulkan title page dan bersungguh-sungguh melihat keseluruhan tulisan tersebut. Sampai ke saat ini saya masih mengingati apa yang diajar oleh Stuart kepada saya. Nilai etika yang bersifat holistik. Saya mempunyai satu tim penyelidikan yang intim. Kedua-duanya - Khairul dan Wan - adalah bekas pelajar di peringkat sarjana. Hampir setiap masa kami mempunyai tiga penyelidikan serentak. Pertama akan diketuai oleh saya, projek kedua oleh Khairul dan yang ketiga oleh Wan. Jika saya sebagai ketua, maka 80 peratus kerja-kerja akan dilakukan oleh saya dan sebagai ahli projek mereka menyumbang sebanyak 10 peratus setiap seorang. Walaupun saya pensyarah kanan atau profesor, nama di hadapan bergantung kepada sumbangan yang telah dipersetujui bersama. Pernah pada satu ketika, nama Khairul berada di urutan pertama pada sebuah buku yang diusahakan oleh kami bertiga sedangkan sayalah ketua projeknya. Kenapa? Editor syarikat penerbitan menggunakan urutan mengikut abjad bagi menyusun nama pengarang. Khairul ketawa dan berkata: “Doc, ini adalah rezeki saya.. he..hee”.

Saya tersenyum!

Buku terbaru kami telah diusahakan oleh Khairul dan Wan sehinggalah beliau melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Manuskrip tersebut diserahkan kepada saya. Ia terpaksa ditukar semula, ditambah bab-bab baru dan susun-atur perlu dirombak. Pada saat terakhir, saya terfikir: nama siapa di hadapan? He… he… dulu rezeki Khairul… tidak salah untuk meletakkan nama saya pula di hadapan. Opsss… akhirnya ia jadi begini: Khairul Anuar Kamaruddin, Muhd Kamil Ibrahim, Wan Adibah Wan Ismail dan Mustaffa Md Zain. Saya masih lagi tersenyum.

Tok dan cucu


Kehadiran Sabtu dan Ahad amat dinantikan dan bermakna dlm hidup...weekend adalah segalanya. Weekend adalah hari yg paling ditunggu oleh Asfa..sbb apa sbb umi dan baba tak kerja dan dgn yakinnya dia akan kata weekend adalah hari utk berjalan2. Mungkin rutin yg menjadikan dia begitu...Pertama kali dalam hidup hr sabtu hr tu pegi ke PWTC sempena persidangan UMNO. Pergi bukan utk mendengar cakap2 perwakilan, pergi bukan utk menyokong dan  menyanggah persidangan..tetapi pergi untuk melihat setuasi yg sering diceritakan dan niat di hati satu..utk cari tudung.....benar apa yg dikatakan.brg2 disana dihari akhir persidangan sukar utk dibandingkan harganya dgn tempat lain...kain pasang dilelong umpama tiada lg esok utk berniaga....mak beli sampai lima pasang sbb nak bg kat cucu perempuan dia. Mission tercapai utk beli tudung.....murah jika dibandingkan dgn tempat lain....peminat2 tudung masa kini yg mempunyai kepala yg keras dan  berwarna warni pasti teruja, bersepah2 dijual dan harganya amatlah murah. Tapi sayang bkn minat aku utk memakai.....[tgk org pakai cantik, beli tak pakai...] Bawal juga pilihan hati. Berada disana dlm setengah jam saja..sbb org terlalu ramai...sesak yg teramat sgt. So apa yg kitaorg buat beli dikedai yg mudah utk pergi dan kurang manusia......balik singgah dia seksyen 2, beli mkn nak picnic di tasek......Asfa suka sgt. Dah lama tak pegi sana...terasa syok pulak mkn dgn angin sepoi2 bahasa...dan disitu kenangan terungkap. Dikawasan itulah perit getir kehidupan dilalui sebagai student uitm [degree - master]. Disitulah tempat menyihatkan badan dgn berjogging dan disitulah menghabiska masa2 terluang melepak bersama kawan2. Seronok.......[tp tidak sedamai uitm Jengka tahun 1996-1999]. Banyak kenangan disitu............
Hari Ahad ptg..pergi ke Tanjung Harapan utk mkn ditepi laut jugak...tempat yg menjadi kegemaran kami utk mkn sotong goreng tepung, ikan dan udang....selama ni tak pernah sampai sana ptg tp kali ni pergi ptg sbb nak bawa mak jalan2. Ramai betul org berehat dan memancing...seronok rupanya. Asfa suka..dia suka tgk air laut berombak.. duduk ditepi laut itu seolah2 sedang memikirkan  dan merenung sesuatu . Mungkin ada benda yg ada dlm mind dia. Dia tak nak balik ...dia kata dia suka duduk disitu tgk laut..berkali dia ckp.."ummi nanti kita dtg lagi tgk laut yek...asfa suka", dan berkali2 jg aku menjawab...."ye.....nanti kita dtg lg". Seolah2 tempat tu tak pernah dikunjungi.....padahal tak terkira dgn jari bilangan dtg kesitu sejak dia baby...tp ini kali pertama kami sampai ptg dlm 6.30 ptg. Selalu kitaorg akan dtg lepas magrib...dan lps magrib suasana gelap..tak nampak ombak lg...mungkin sbb tu dia kurang excited. Asfa dilimpahkan pelbagai benda yg mungkin tidak dpt dirasai oleh anak2 seusia dia...terutamanya soal mkn. Setiap benda yg keluar dr mulut dia menyebut makanan....pasti dia akan dapat tidak kira mahal atau murah. Satu permintaan dia yg tidak pernah mendapat halangan adalah makanan.....sbb prinsip baba kpd Asfa " Apa saja yg asfa minta utk makan baba akan belikan .....tapi tak semua mainan yg asfa minta asfa akan dapat".  Syukur Asfa sentiasa faham. Sejak mak ada dirumah [sebulan] Asfa sentiasa solat [termasuk sebarang solat sunat yg di dibuat oleh mak, wlpun dia tidak mengerti tujuan solat tersebut] , mengaji, berzikir dan berselawat. Dia akan ikut apa saja yg tok piah buat.....termasuk membaca ikraq berlagu.....[kelakar sgt kalau dengar]. Dia boleh habiskan zikir 100 kali [sampai hbs biji tasbih]..dan segala macam ibadah yg dibuat oleh tok piah....bila dgr dia mengaji dan berzikir terasa sejuk hati..dan inilah yg dikatakan sejuk perut ibu mengandung. Mcm mana agaknya perasaan parent yg anaknya menjadi tahfiz terkenal..ulamak termashur. Sudah pasti lebih tenang jiwa ibu bapanya......Semoga Asfa menjadi anak yg solehah, dikurniakan kehidupan yg penuh keberkatan sepanjang hidupnya. Amin

Wednesday, March 25, 2009

Kenangan

Manusia tidak dapat lari dari perasaan sedih, gembira, sunyi dan lain-lain. Kadang2 bila kesunyian dalam kesepian mlm......teringat segala kenangan diwaktu dulu. Sedih, suka, duka adalah kehidupan.
Zaman persekolahan....zaman di universiti hinggalah sekarang..segalanya sudah ditulis dan ditentukan olehNya, cuma.....kenangan silam sukar utk dilupakan. Kadang2 hati menangis bila terkenangkan sesuatu...sedih yg amat sangat..hakikat sebenar kesedihan itu, hanya diri sendiri yg tahu. 
Manusia mempunyai penafsiran yg berbeza-beza terhadap diri kita...ada kalanya tafsiran manusia itu tidak tepat, tetapi apa yg mampu kita lakukan utk mengubah                               org lain? Tak termampu diungkap dgn kata-kata.......

Tuesday, March 24, 2009

Likert Scale


Kenapa kebanyakkan researcher menggunakan skala likert 5...kenapa tidak guna scale 4, 7,9,11 dan lain2. Dalam membentuk soalan kaji selidik tetiba terfikir..apakah reason utama likert scale 5 digunakan. Jika jawapan yg diberikan adalah " kebanyakkan org pakai likert scale 5".....itu adalah jawapan yg paling lemah dan tidak boleh digunakan dalam penyelidikkan. Sebarang perlakuan memerlukan  evidence yang tepat dan jitu..dan itulah kekuatan research...tiada kajian yg menguraikan tentang kadar kegunaan scale yg bersesuai..semua kajian dibuat tidak menceritakan kenapa memilih scale 4, 5, 7, 9 dll....dalam mencari sesuatu jawapan , pembacaan mesti kuat dan evidence perlu kukuh....atau simple matters mcm ni tak perlu ada jawapan?????? kalau sume org pakai 5..pakai je lah 5....tapi sebenarnya ada reason yg tersendiri setiap scale itu dibentuk...dan pengakhiran kepada pencarian adalah jawapan yg diperlukan...
Sedikit renungan...hidup memerlukan Rahmat untuk diberkati..mcm mana Rahmat Allah dtg pada kita? dengan banyak mengingatinya...Rahmat yg melindungi kita, mempermudahkan urusan kita dan menghapuskan kesalahan kecil yg tidak kita sedari....oleh itu carilah Rahmat Allah yg terbentang luas utk kita.
Allah kurniakan anak yg menjadi pengubat segala duka dan pengejuk jiwa adalah satu Rahmat yg sukar ditafsirkan. Terima kasih atas kurniaan itu.....

Monday, March 23, 2009

Artikel Ustaz Zaharuddin...menarik utk direnung mengenai Nik Nur Madihah


Tahniah kepada adik Nik Nur Madihah atas kejayaannya menempa sejarah pendidikan negara dengan pencapaian 20 A. Iaitu dengan pecahannya 19 1As, dan 1 2A. Bagi individu berlatarbelakangkan agama seperti saya, kejayaan ini lebih manis apabila datang dari seorang muslimah yang sempurna penutupan aurat dan bersekolah agama. Lebih manis lagi apabila ia lahir dari sebuah keluarga yang tidak berada dari sudut kebendaan, tidak pula dilimpahi kemudahan-kemudahan tambahan seperti tuisyen dan lainnya.

Kenyataan Nik Nur Madihah yang berterus terang berkenaan kebiasaannya berpuasa Isnin Khamis turut memberikan impak positif kepada ibadah puasa yang adakalanya dilihat serong oleh manusia bertuhan aqal (mereka adalah kumpulan sekular), yang sering mendakwa puasa boleh membantutkan prestasi pelajaran dan kerja kerana keletihan dan tidak bermaya.

Tudung labuhnya tidak menutup mindanya dari cerdas sebagaimana anggapan dan tuduhan sebahagian wanita moden yang amat membenci pakaian Islam ini. Bibirnya tidak perlukan warnaan merah lipstick, matanya tidak perlukan eyeshadow warna abdomen langau yang kehijauan dan pipinya tidak perlukan blusher merah agar dilihat bijak. Semuanya natural. Beliau juga tidak perlukan skirt pendek bagi menampaknya kecekapan mindanya.

Mujurlah adik Nik tidak memaklumkan berkenaan ibadah solat malam dan tahajjudnya. Jika tidak tentunya bekas pemimpin yang pernah ‘membantai' solat malam dengan hujjah ia memundurkan prestasi pelajar akan seolah-olah ditampar kiri kanan serta terkena jurus ‘flying kick' di perut.

Nasihat saya buat Nik Nur Madihah dan pelajar-pelajar lain yang mencatat kejayaan SPM, sama ada anda memilih UK, Jordan, Mesir, Malaysia atau di mana negara pun, jalan kejayaan masih jauh. Hempasan ombak cabaran dalam membuat keputusan masih belum melanda. Bersedialah, dan gariskan awal-awal hala tuju kejayaan diri. Beristisyarlah (bertanya dan bermesyuarat) dengan individu yang mempunyai hikmah dan pengalaman, sesungguhnya kejayaan melalui pengalaman itu suatu realiti, sedangkan kejayaan peperiksaan bertulis hanya teori.

Akhirnya, khas buat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, selamat datang ke dunia barumu. Awasilah ia dengan minda dan hati yang sedar. Segala jenis syaitan sedang menunggumu di kiri kanan, depan dan belakang. Kenalilah segera mana syaitan dan mana Malaikat. Semuanya sudah tercatat di dalam Al-Kitab dan Khazanah Nabi dan sahabat.

Jalan2...


Menjadi rutin kami sekeluarga dr dulu hinggalah sekarang...isnin hingga jumaat adalah hari untuk bekerja dan sabtu dan ahad adalah hari utk berjalan2 dan tidak berada dirumah. Sampai sekarang senario ini dijadikan sebagai benchmark Asfa..di mana bila menjelang hari Jumaat dia aka tahu esok adalah hari utk kuar jalan2....semalam bawa mak ke zoo...every week dia akan dibawa berjalan sementara dia masih disini...actually bawa asfa dan tok piah lah ke zoo....tapi asfa dan banyak kali pergi zoo..termasuk smlm dah 4 kali dia ke zoo..termasuk zoo melaka. Kata baba..elephant tu pun kenal asfa...bila nak bg mkn dia akan cakap " asfa lg bg dia mkn...."hehehehehe. Macam2...
Terbaca satu kata2 yang boleh memberhentikan kita menulis sesuatu yang tidak ilmiah seperti ini... "Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri".  
Tetapi bila dipikir dan dikenang..tujuan blog ini dibuat adalah untuk menulis tentang apa yg dilalui sepanjang mengharungi " perjalanan harungi dugaan ini-phd" ...blog ini ditulis bukan utk tatapan umum..hanya sekadar satu luahan rasa hati..one way communication. Kata-kata itu betul.....namun dalam konsep tujuan blog ini diwujudkan tidak perlu di implement kan kerana ianya diwujudkan atas tujuan peribadi. Self satisfaction...namun demikian bila ilmu cukup didada...dengan keizinan Allah akan wujud satu blog ilmiah utk tatapan umum suatu hr nanti.

Friday, March 20, 2009

Coretan yang hendak dipaparkan....

15hb - pegi ke rumah k fiza dab en azhar [kawan seperjuangan..rakan sama2 sedang mengharungi lautan dalam demi mendapat sesuatu yg bernilai dlm hidup dan teman perjalanan harungi dugaan].
Actually dorang ni dulu adalah pensyarah akau masa kat uitm...kenal mereka sbb en azhar adalah supervisor final project degree..dan 2nd supervisor masa buat master..and small world, akhirnya bertemu kembali sebagai kawan, rakan, sahabat dan segalanya dlm perjalanan baru ini -phd. Sampai umah dorang dah dekat asar ..menunggu k rahmah yg sentiasa sesat kalau ke shah alam..dan akhirnya kitaorg pusing2 sekdyen 7, tempat yg memberi banyak senagt kenangan....tempat alam percintaan , pertunangan dan akhirnya keluar dr umah seksyen 7 meninggal kawan2 sbb kawin...[tp banyak lg kenangan dirumah lama seksyen 3]. Solat di surau seksyen 7 sementara menunggu k rahmah..dan akhirnya penantian berakhir, dia sampai juga dlm 5.30 ptg. Kat rumah dorang jumpa ramai x-lecturer uitm dulu...sume diperkenalkan sbg xstudent dan sekarang rakan seperjuangan. Berada dlm keadaan itu bkn mudah sbb selama ni kita biasa dgn mereka2 dgn panggilan en atau puan..dan sampai sekarang benda tu sukar diubah wlpun situasinya berbeza. Tapi dalam pada itu, aku sgt yakin yang semua x-lecturer yg aku jumpa amat bangga dgn pencapaianku...dr raup wajah mereka terpampar satu kebanggaan " inilah student hasil didikanku.."..dan aku juga berbangga berada ditahap ini wlpun belum berjaya..fitrah seorang manusia..dan naluri seorang pendidik..aku tahu kerana akau pernah merasainya. Dalam keseronokkan mkn mkn yg sedap [ sbb k fiza import chef utk msk]...hujan sgt lebat dan dlm pd itu km decide utk balik kerumah masing2...bila sampai dirumah..dpt panggilan dr k rahmah..kereta dia rosak kat batu 3..Ya Allah..pada masa tu hanya Allah yg tahu apa yg ada dlm hati..sbb aku tahu banyak benda pasal k rahmah. Satu lg ujian utk dia..Dlm hati berdoa..semoga dia dipermudahkan..dan mohon kpdNya supaya jgn diuji lg k rahmah..cukup dulu buat seketika..terlalu banyak dugaan utk dia. Kalau aku ditempat dia blum tentu akan tabah menghadapinya. Berkat doa akhirnya Allah memberi satu jalan..makenik dapat datang menolong dia. Alhamdulillah....
18hb - kursus SPSS kat ukm..organize by SIS group. Aku pergi utk mendapatkan ilmu..dan ptg bila dah habis kursus jumpa prof...ptg2 begini biasanya mood dia baik dan dia tak rushing dan mudah utk membuat perbincangan. Aku lebih suka walk in utk jumpa prof sbb kalau ada appoitment akan ada satu batasan..jumpa dia 5-30 sampai kul 7.10...satu jangka masa yg paling panjang , selama setahun lbh bersama dia inilah jangka waktu yg paling panjang berjumpa dia berdua..berborak mcm tiada batasan ...hanya 30 minit digunakan utk perbincangan kajian. Masa lain adalah masa berborak..mendengar apa yg diceritakan. Dalam hati amat kagum dgn apa yg dia ada..dr dulu sampai sekarang aku bangga dgn prof...dan aku jadikan dia sbg benchmark utk aku berjaya jugak. Wlpun ada org yg tidak suka dgn cara dia bekerja ..gayanya..tp pada aku dia sempurna, tiada cacat celanya dan pencapaiannya dlm bidang akademik amat aku bangga. Mungkin jodoh aku dan rezeki aku bertemu dia..kerana aku the only student yg menjadi supervisee dia tampa consultation sblum application.....rezeki Allah berikan tampa kusedari. Alhamdulillah prof approved sume apa yg telah aku lakukan dan next step bermula..construct questionnaire. Basicly aku dah dpt apa yg aku cr selama ni mengenai q'naire....dalam doa aku memohon pertolongan..dan pertolongan dr Allah dtg tampa kusedar itulah jalannya...solutin yg aku perolehi utk sume persolan aku selama ni yg menyakitkan kepala terjawab dgn perbualan dgn seseorang melalui yahoo messenger sahaja..uniknya kuasa Allah.....memberi pertolongan bila2 dan dimana2 dgn apa cara sekalipun....Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah. Segalanya selesai hr ni seperti yg dirancang.
19hb - Kursus SPSS 2nd day...tak banyak yg aku dapat..tp atleast aku dapat smthing...Alhamdulillah..mengenali kawan2 dan juga prof Khalid.
20hb- Hr ni tak buka buku..just buka laptop utk check email..bc paper dll...dan Alhamdulillah hr ni seorang lg expert telah bg f/back...expert terakhir yg aku tunggu selama ni..maknanya pada hr ni complete task 1 aku ...Alhamdulillah..terima kasig Prof A...jasamu ku kenang.
Hari ni dengan satu email berakhirlah satu task..dan satu benda br yg telah aku cipta utk kajian ini...Definisi kegagalan sistem maklumat di persekitaran Malaysia. Alhamdulillah....ini bermakna aku telah memberi satu sumbangan pada dunia pendidikan dan penyelidikkan. Kecil tp signifikan...Syukur. Ya Allah terima kasih atas bantuan dan pertolongan Mu memudahkan setiap urusanku...Ya Allah permudahkan urusanku dan juga urusan org2 yang kukenali. Amin

Friday, March 13, 2009

Tak tahu apa nak buat...


Last week bercuti ...seronok betul. Minggu ni nak start keje tp sangkut pulak..mcm2 dugaan betul. Hari ni dah hari jumaat..tp satu benda pun tak achieve mgu ni...tak berkualiti langsung this week...aku sendiri tak pasti kenapa. Mungkin disebabkan masalah kesihatan dan juga dicampur dgn kekurangan bahan...jd serabutnya kepala. Ikut gantt chart dah lg 2 bulan..sepatutnya this time dah mula construct questionnaires..end of this month patutnya dah ada pilot test..tp rangka soalan pun belum nampak... mcm mana ni...serabut lah. Hanya Allah yang tahu. Apa nak buat...
Hari rabu hr tu Asfa nak gi ngaji ikraq...bila hantar kat ustaz tu tak nak pulak..alasan malu sbb ustaz tu lelaki dan takut sbb dia ckp kuat...eee geram pulak rasa hati...mcm2 hal..dah ckp ngan dia tak pyh pegi...nak pegi jugak..nak ngaji..last2 buat hal pulak. Namun demikian ada hikmah disebaliknya..hanya Aku dan family yg tahu....syukur alhamdulillah Allah berikan petunjuk melalui Asfa yg tak nak ngaji sbb malu dgn ustaz..dan ada hikmah disebaliknya. Kadang2 kita tak sedar setiap apa yg berlaku pasti ada yg tersirat dan tersurat..cuma kkdg2 kita yg dhoif tak jadikan ianya satu pegangan...dan suka menyalahkan apa yg berlaku. Namun hakikat sebenar apa yg Allah tentukan adalah yg terbaik utk kita sume.......

Tuesday, March 10, 2009

Penantian satu penyeksaan

Masih menunggu lagi 6 org pakar untuk proses pengesahan definisi kegagalan sistem maklumat di Malaysia. Ramai lg yg belum bg respond....aduh seksanya menunggu dan mengharap sesuatu dari org. Apa yg nak buat seterusnya.....kena cr jalan terbaik.....cara terbaik untuk develop questionnaires utk single survey....mengenai status sistem maklumat di Malaysia amnya, khususnya di sektor kerajaan.
Mcm mana tu...kena cr dan terus cari dan terus cr...pada hakikatnya dah hampir sebulan aku mencari...namun masih belum ada hasilnya. Hanya Allah tempat aku memohon pertolongan...tiada siapa yg dapat membantu.

Cuti yang panjang...permulaan kehidupan

Minggu lepas...lebih dr seminggu bercuti. Empat hari ke Jakarta - Bandung, campur weekend dan cuti maulidur Rasul. Seronoknya cuti tampa memikirkan satu pun kerja phd...dan buka laptop hanya sekadar check email dan baca surat khabar.
Indah dan nikmatnya hidup itu dirasai....namun hari ini bermulanya hari baru yg terpaksa ditempuh untuk memikirkan kerja yang belum selesai dan kerja yang perlu dan wajib dilaksanakan. Pagi ni tak tahu apa nak buat....yg mana nak mula dulu..malasnya Allah saja yg tahu..tapi digagahi untuk menyedapkan hati dan kuatkan semangat untuk terus berjuang. Ya Allah berikan ku kekuatan dan idea yang baik untukku terusan perjuangan ini..manafaatkan hr ni..jadikan hari ini hari yg penuh kualiti. Bantulah aku Ya Allah...permudahkan urusanku Ya Allah. Amin

Friday, March 6, 2009

Hubby dan Tony, family dan anak umi..asfa



Percutian Jakarta Bandung 2009

Pengalaman yg hendah dikongsi ...supaya menjadi panduan kepada org  lain..

TARIKH

JAM

AGENDA

02/03/2009

4.00 PG

BERTOLAK DR NUSARHU KE LCCT

 

5.00 PG

SAMPAI DI LCCT DAN CHECK IN UTK BERLEPAS

 

7.00 PG

FLIGHT KE JAKARTA

 

9.00 PG

SAMPAI DIJAKARTA - Soekarno-Hatta International airport

 

9.30 PG

BERTOLAK KEBANDUNG - DIAMBIL OLEH SUPIR : RAMA, NAIK INNOVA

 

12.00 TGH

SAMPAI KE BANDUNG DAN MAKAN DI RESTORAN SEDERHANA - MASAKAN PADANG

 

1.00 TGH

SOLAT DI MASJID AL UKHWAH

 

1.30 TGH

PERGI KE PASAR BARU

 

 

 

 

 

 

 

6.00 PTG

PERGI KE FACTORY OUTLET - RUMAH MODE

 

8.00 MLM

MKN MALAM DI D'COST RESTORAN

 

9.30 MLM

BALIK KE GUEST HOUSE - JLN PASTEUR/ BABAKAN JERUK

 

 

 

03/03/2009

7.00PG

SARAPAN

 

7.30 PG

BERTOLAK KE TANGKUBAN PERAHU

 

8.30 PG

SAMPAI KE TANGKUBAN PERAHU

 

10.30 PG

FACTORY OUTLET - JALAN SETIABUDI

 

 

JALAN DAGO

 

1.00 TGH

MAKAN DI RESTORAN PADANG

 

2.00 PTG

CIBADUYUT

 

 

CHIHAMPELAS

 

8.00 MLM

BALIK

 

 

 

04/03/2009

6.30 PG

SARAPAN

 

7.00PG

BERTOLAK DR BANDUNG KEJAKARTA

 

9.00PG

SAMPAI KE TANAH ABANG JAKARTA

 

4.00 PTG

BERTOLAK KE AIRPORT JAKARTA

 

6.30 PTG

CHECK IN UTK BALIK KE MLYSIA

 

8.30 MLM

FLIGHT KE LCCT - MLYSIA

 

11.30 MLM

DIJANGKA SAMPAI KELCCT

 

1.00 PG

SAMPAI KE BANDAR NUSARHU, SHAH ALAM

 

Percutian 3 hr 2 malam ke Jakarta-Bandung sangat menyeronokkan. Asfa suka dapat naik flight..tp sepanjang kat sana dia boleh tertido dlm kete dan perjalanan yang jauh. Pg kul 2.00 pg dia dah bgn untuk bersiap bertolak ke LCCT…tampa banyak soalan dan kerenah dia bangun…mungkin xcited la tu.

Sampai di Jakarta airport nya agak baik..International airport. Terus ke Bandung dan perjalanan mengambil masa 3 jam [highway]. Banyak juga tol sbb dr Jakarta ke Bandung melalui banyak daerah dan setiap tol yg dibayar adalah hak daerah yg kita lalui. Rama [supir] di sana on time ..dia dah tgu di airport dgn memegang nama SHITA…[wow glamour gitu]. Di Bandung pasar baru nice place….mcm pasar payang tp ada 8 tingkat…mcm2 brg ada…tudung, telekung, baju, batik dll kena beli di sini…murah ada kualitinya lbh baik dr Jakarta. Harga kat sini kena pandai tawar menawar…sampai separuh harga pun boleh dapat…kkdg kurang dr separuh harga. Makan masakan padang kat sana sgt menarik..dan sedap sgt….rasanya tak jumpa di sini [ Malaysia]….FO utk beli brg branded…kemeja ZARA, CK, ESPRIT, jeans levis, hugo, guess, ck, esprit..yg kualitinya ok di FO. Kat pasar baru pun ada tp kualitinya kurang..mcm PS lah kat KL. Tapi kalau kat FO ok..tp harganya agak mahal sikit..tp tak semahal Malaysia. Baju made in Indon pun kainnya cukup kualiti. Perfume pun not bad kat FO.  Melawat Tangkuban perahu …makna tangkuban perahu adalah perahu terbalik, dr jauh kita boleh nampak gunungnya seperti perahu terbalik. Tangkuban perahu adalah gunung berapi yang tak aktig..tp masih ada sikit asap yg kuar dr kawah bawah….sampai kat sana baunya mcm bau panas, atau bau kawah….tp sejuk sbb dia tinggi..dlm 12 km dr bawah. Dr kota bandung ke Tangkuban Perahu mengambil masa satu jam….dr bawah bukit naik ke atas jalannya teruk bangat…banyak lubang2nya…..penat gak rasa.

Perjalanan berjalan dgn lancar sbb kami dibawa oleh supir dan dia mengikut  program yang telah disediakan. Program yg disediakan adalah berdasarkan forum Jakarta- bandung dlm internet. Bandung syurga membeli belah..jd tak hairan lah sapa yg pergi akan pergi lg…tukar duit rm2000 pun tak cukup jika ikut hati….itulah Bandung….

 Uniknya org Bandung:

  1. Toiletnya bersih – walau di mana saja [ LCCT toilet lg kotor ]…wlpun tempat tu buruk
  2. Telekungnya wangi – wlpun nampak mcm kotor kalau kat malaysia..telekung public aduh ngak bisa bicara...
  3. Org Bandung lembut..ckp tak kasar
  4. Hon kereta sana sini tp accident tak ada
  5. Org Bandung buat duit dgn mcm2 cara….jaga parking, pemuzik jalanan, peminta sedekah dll
  6. Wisel berbunyi duit dapat
  7. Mkn bergoreng kat sana mesti ada keropok
  8. Kereta dorang besar2…..paling banyak innova, alphart pun banyak…teksi pun pakai vios ..camry..jaz. Sbb  kat sana harga kereta separuh harga Malaysia. Sume kete besar2 menjalar di tepi jalan…..
  9. Cuaca panas..tp tak berpeluh

 

Jakarta:

Hanya pergi ke Tanah Abang, ada 16 tingkat. Tanah Abang ada blok A, B, C, D,E dan F….kami hanya pergi sati blok, blok A. Setiap Isnin dan khamis blok F ada buat jualan gudang..harga nya murah [ ini cerita supir]. Tiada yg menarik di Tanah Abang, Jakarta kecuali kain sutera….suteranya sgt halus…..kalah sutera Kelantan dan Terengganu… dan sgt2 cantik. Kalau kat Shah Alam kat sutera kat boutique yg harganya rm400 ketas kebanyakkan sutera Indonesia….cantik bangat…kualiti hebat..halus sungguh.

 Jakarta tak de yg unik cuma:

  1. Jem
  2. Sesak
  3. Kotor
  4. Org nya tak sabar- pemarah
  5. Penyombong
  6. Barang kurang kualiti compare dgn Bandung
Dalam flight balik ..kitaorg sama kapal dgn Tony Fernandes...rasanya dia ada urusan di Jakarta dan ambil peluang turun padang. Hubby siap bergambar dgn dia....glamour la tu konon.