Monday, May 31, 2010

Minggu ke 6

Minggu ni masuk minggu ke enam usia kandungan...makin lama makin lemah terasa badan ni. Morning sickness pun dah start dan dah macam2 ragam badan. Buat kerja sikit letihnya banyak....penat tak terkata. Selera makan makin lama makin berkurang....bila tak makan..perut akan masuk angin dan ini meyumbang kepada pening2 kepala dan muntah-muntah. So cuba untuk sumbat makanan sebelum perut masuk angin...tapi mkn dlm keadaan yg tak berselera...sikit sgt. Dah lama Allah bg nikmat makan...dan nikmat sihat. Sekarang masa untuk Allah uji sejauh mana kesabaran hambaNya menempuh segala ujian untuk dapatkan sesuatu. Esok ada conference kat putrajaya, harap sihat untuk pergi dan present paper. Dalam keadaan sekarang sume serba tak kena.......semoga Allah sentiasa memberi pertolongan dan mendegar segala isi hatiku.

Bayi

Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Anda

Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Thursday, May 27, 2010

Perkembangan di minggu ke 5

Bayi

Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Anda

Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Minggu 5

Minggu ni masuk minggu ke 5 pregnancy...morning sickness dah mula datang. Makan tak berapa lalu..berat badan agak menurun. Bau2 masakkan dah mula meloyakan tekak. 2nd time preggy ni agak meletihkan ...mungkin faktor usia menyumbang. Biasa bekerja sepantas kilat...sekarang terpaksa slow down, ikut nasihat doktor kerana usia kandungan yg masih muda dan sudah terlalu lama tidak mengalami situasi ini. 6 tahun yg lalu adalah satu jangka masa yg lama dan kebimbangan kandungan tidak kuat menyebabkan terpaksa ikut segala bagai nasihat doktor untuk keselamatan sume pihak. Walaupun begitu aktiviti harian digagahi juga untuk selesaikan apa yg patut. Walaupun terasa penat yg melampua bila menjelangnya malam. Hari ni dah tak tahan sgt terpaksa berhenti tepi jalan untuk muntah selepas hantar asfa ke sekolah. Hubby outstation, jd mahu tidak mahu kenalah kuar untuk hantar asfa. Nasib baik sempat sampai rumah dengan selamat wlpun kepala berpusing2 masa tgh drive. Alhamdulillah...biasa menjadi super women tetiba pulak kena jd puteri....dok diam..agak sukar.
Segala surat dr KPT utk conference Bali dah setle...satu paper telah berjaya masuk journal..IVIC 09..alhamdulillah. Sume ni rezeki baby.......Minggu depan ada conference di Putrajaya...tgh bulan di KLCC dan bulan July di Bali..harap segalanya mampu ditempuh. Sekarang tgh susah hati dengan write up thesis....nak mula mood menulis pulak.....semoga Allah mudahkan segalanya. Pasti apa yg telah ditentukan adalah mengikut kemampuan kita...Allah maha adil, Dia tak akan bg apa yg kita tidak mampu lakukan.

Thursday, May 20, 2010

Kisah baru dalam hidupku


Dah seminggu dua rasa ada yg tak kena dgn badan..badan sentiasa rasa tidak berapa sihat...tapi dibiarkan ianya berlalu bergitu saja. Tapi bila dicheck date yg penting every month...delay...wah....hati dah mula berbunga, wlpun dalam perasaan takut impian tidak menjadi kenyataan. 2 hari lepas beli pregnancy test kat farmasi..dan semalam test sendiri. Alhamdulillah positive. Syukur sekali lg Allah mendengar doa yg dipohon.Semoga semuanya selamat dan zuriat yg dikandung ini berkekalan dan menjadi yg terbaik dan terhebat sehebat Rasullullah. Hubby kata ini baby mekkah...mudah mudahan keberkatan tanah haram itu menjadikan dia yg terbaik dunia dan akhirat. Amin
Walau macam mana pun belum pergi jumpa doktor lagi dan sebelum pergi jumpa doktor ianya tidak akan digembar gemburkan lg. Dengan harapan semoga phd dpt diteruskan dengan jayanya dan rezeki yg Allah kurniakan ini juga yg terbaik wlpun kesihatan agak terganggu buat masa ini...semoag Allah mudahkan. Gambar disini adalah gambar preggy 1st month..

cerita phd..

Sejak balik dr umrah...perjalanan phd agak slow...masih terkial2 dianalisa data menggunakan sem..sem ni sgt menghuru-harakan hidupku. Wlpun begitu kehidupan terpaksa diteruskan. Wlpun terasa sgt sengsara..inilah ujian yg perlu ditempuh. Bukan mudah untuk menjadi senang..dan berjaya. Semoga Allah sentiasa memberi bantuan dan mendengar segala keluhan hatiku...sentiasa membantu diriku dalam apa juga keadaan.
Sehingga kesaat ini dah masuk bulan mei 2010 masih sangkut dianalisa data..sempat ke untuk hbskan bulan disember ni....hanya Allah yg tahu. Kita merancang..tapi perancangan Allah yg terbaik.

Cerita umrah


Lama sungguh rasanya tak update blog ni..sejak dr balik dari mengejakan umrah dan hingga sekarang dah sebulan berada ditanah air. Pengalaman dia madinah dan mekkah sangat indah..merupakan satu kenangan manis yg tak mungkin dilupakan. Indah sungguh 2 tanah haram ini Perasaan berada disana sgt indah..tak tahu mcm mana nak digambarkan kegembiraan berada disana. Hanya Allah yg tahu apa perasaan berada disana. Sepanjang kami berada disana kami sihat dan dpt lakukan amal ibadah dengan mudah. Disana sangat tenang..dia tempat sehebat mekkah dan madinah. Wlpun asfa ditinggalkan disini perasaan untuk balik tidak ada. Hanya perasaan untuk terus berada disana.....sentiasa mendapat rahmat Allah dan Allah sgt dekat dengan kita disana. Madinah aman....shafaat dr Nabi kita yg amat disayangi..sedih sgt tinggalkan madinah..sedih kerana terpaksa tinggal Nabi..kekasih Allah yg kasihkan kita umatnya lebih dr segalanya. Berada dimadinah..terasa dekat dgn nabi...berada dimasjid nabawi terasa berada hampir dgn perjuangan nabi..berada diraudhah hanya air mata yg mampu mengalir kerana terasa akan kehilangan nabi..perjuangan nabi dan kasih sayang nabi. Nabi kita nabi yg hebat..sgt hebat . Berada dimadinah sudah dpt merasai kehebatanya...selawat dan salam untuk baginda.
Mekkah bandarnya sesak...wlpun sesak tapi tetap rahmat Allah berada disana..kita sentiasa berasa aman. Dimekkah Allah bg apa yg kita nak..Allah dengar apa yg ada dlm hati kita..apa yg kita minta secara bersungguh2 atau tidak..Allah maha berkuasa. Apa saja yg kita minta pasti dipenuhi..besar sungguh kuasa Allah. DiMekkah semua org berebut2 untuk beribadat...tawaf sunnat...mengejakan ummrah..tawaf, saei, bergunting..adalah pengalaman indah yg tak mungkin dilupakan. Air zam-zam di sana sgt sedap..tiada air sesedap itu disana. Makanan di mekkah sumenya sedap..barakah tanah haram. Segala kehendak dan impian Allah berikan di sana..Allah huakbar. Untungnya kepada siapa yg berada disana...
Pengalaman di tanah haram sgt berharga..mengenali ustaz alimin dan jemaah digroup yg sama satu kenangan indah...kengan bersama mak cik bibah yg kembali kerahmatullah disana juga satu kenangan.
Semoga Allah murahkan rezeki untuk kesana lagi....