Friday, December 25, 2015

Ujian dan Dugaan hidup....

              Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam                                                                 keatas Nabi Muhammad SAW

Kehidupan yg dilalui tidak selalunya indah. Kadang-kadang hidup kita diuji dengan pelbagai cara sebagai tanda Allah sayangkan kita dan juga sebagai tanda kita berada dlm lingkungan hamba yang sedang diperhatikan. Cuti sempena Christmas dan New Year Celebration di Scotland sangat panjang. Anak-anak bercuti melebihi 2 minggu. Cuti kali ni kami tidak merancang untuk berjalan kerana kami semua baru balik dari London 2 minggu lepas sempena meraikan kedatangan saudara mara dari Malaysia.

Cuti banyak dihabiskan dirumah. Dan semalam membawa anak2 melihat sambutan meriah sempena Christmas di city of Edinburgh. Cantik hiasan mereka sempena Christmas semeriah kita menyambut raya aidilfitri di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik sempena Christmas disediakan seperti taman tema permainan yg sementara, gerai2 makanan yg banyak wujud di Princess Street. Sifat anak2 memang tidak berubah...mereka adalah mereka dengan apa yg telah kita bentuk dan apa yang telah mereka lalui. Kesenangan kehidupan di Malaysia sedikit sebanyak membentuk peribadi Asfa dan Anas dimana mereka tidak pernah merasa susah dan sentiasa dapat apa yg dihajati. 

Bila kehidupan sedikit berubah di bumi Scotland, Alhamdullillah mereka masih mampu harungi. Kekangan sumber kewangan berada di bumi Scotland demi menyokong baba untuk teruskan perjuangan dlm Phd turut dirasai oleh mereka. Kalau dulu di Malaysia, bila2 masa ajak untuk ke theme park atau waterpark...sentiasa dipenuhi kehendak mereka sama ada jauh mahupun dekat. Theme Park dan waterpark seluruh malaysia dijajah malahan luar malaysia juga dijajah. Namun bila berada dibumi Scotland, kadang2 permintaan tu tak dapat dipenuhi dengan pelbagai kekangan yg ada. Sebagai ibu, jujurnya terasa hati amat sedih walaupun tidak digambarka didepan anak2. Didepan anak2 kita terpaksa menjadi setabah yang boleh untuk mengajar mereka tabah, menerima seadaannya keputusan kita dan mengikut percaturan kehidupan. Namun dihati kecik seorang ibu amat terasa kepedihan kerana tidak dapat memenuhi kehendak anak2. Namun mereka harus belajar semua itu kerana kehidupan mereka dimasa hadapan  akan datang dalam pelbagai berkemungkinan. 

Teringat saya dengan kisah2 yang telah diviralkan oleh citizen di media sosial. Kisah seorang bapa membeli daging burger murah untuk anak2 nya, kisah seoarang ibu dan bapa naik motor seramai yg boleh untuk bergerak, kisah seorang baba pembahagikan duit gaji yang tidak pernah cukup, kisah keperitan seorang ibu membesarkan anak dengan nasi dan ikan kering, kisah seoarang bapa memasak nasi kosong dan kicap sebagai hidangan kepada anak2......saya menangis dalam hati. Menangis kerana saya mula merasai apa yg ibu bapa tersebut rasai....merasai betapa pilu hati seorang ibu tidak dapat penuhi permintaan anak2 walaupun permintaan itu kadang2 tidak perlu pun untuk mereka. Saya percaya apa yg saya rasai...dirasai oleh ibu2 dan bapa2 yg lain juga. Cuma mungkin ianya sedikit berbeza kerana situasi berbeza. Namun perasaan yg ada pasti sama.... Walaupun begitu saya bersyukur kerana Asfa dan Anas sentiasa faham kenapa ada benda yg boleh dipenuhi dan ada benda yg tidak boleh dipenuhi dibumi Scotland ini. 

Semoga kehidupan disini mengajar mereka lebih dewasa dalam menempuh kehidupan dimasa akan datang. Semoga mereka menjadi tunjang kekuatan umi untuk terus bertahan menyokong baba dalam "perjalanan harungi dugaan" ini. Semoga dugaan itu sangat kecik...dan semoga Allah mudahkan segalanya. Amin...

We Love Travel...England -Scotland sudah dijajah semuanya selama 10 bulan di Edinburgh, cuma masa menulis untuk berkongsi tidak tahu bila akan timbul.

Thursday, August 27, 2015

Terpanggil untuk kembali berbicara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW

Setelah 5 bulan berada dibumi Scotland, kini keadaan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Anak-anak sudah mulakan sesi persekolahan baru ( sesi persekolahan di UK bermula bulan Ogos). Segalanya goes well..syukur. Tiada lagi masalah kesedihan buat Anas setiap kali nak kesekolah seperti mula-mula sampai dulu. Asfa seperti biasa, seorang anak yg pandai bawa diri. Dicampak kemana sekalipun...Insyaallah mempunyai kekuatan yg cukup tinggi utk berlayar dalam kehidupan dia walaupun diusia 10 tahun. Sikap jati diri yg ada membantu dia lebih cepat mesra dengan rakan dan guru walaupun sebenarnya sukar untuk dia berkomunikasi dalam bahasa Scottish. Bukan dia saja sukar malahan saya dan suami juga dibulan pertama kami disini agak tidak boleh faham apa yg dicakapkan. Bahasa Scottish ni nampaknya banyak huruf yg tidak disebut....sebagai contoh kita selalu cakap "see you later"...disini kita akan dengar diaorg bercakap berbunyi " see you let are". Kalau disebut "hanger" Scottish akan berbunyi " hang er"....tapi Alhamdulillah masa berlalu membawa seribu pengetahuan dan pembelajaran yang tidak pernah terhenti. 

Pengalaman anak-anak disini adalah tidak ternilai dan ini lah pengorbanan seorang ibu seperti saya......pengorbanan seorang isteri juga kepada suami untuk menenpuh segala cabaran phd. Dulu saya menempuh perjalanan phd saya dengan skala kesukaran yg sangat minimum atau boleh dikatakan tidak perit seperti org lain....namun sekarang sebagai pendokong kepada suami yang akan melalui liku itu, saya belum pasti apakah dugaannya. Saya hanya mampu berdoa dlm setiap saat hidup saya...supaya Allah mudahkan liku-liku itu menjadi jalan yg lurus dan kami tidak diduga denga ujian yg besar kerana saya tahu saya sangat lemah dalam semua perkara. 



Tuesday, February 18, 2014

New born....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW

Rentetan penulisan semalam...dikongsi satu hasil penulisan dari rakan iaitu Dr OT. Ianya sangat signifikan untuk pelajar mahupun penyelia...

Postgraduate yang baru mendaftar ibarat baby yang baru lahir… memasuki satu dunia baru. Baby lahir tanpa dibekalkan “manual book” apa yang perlu dilakukan kepada bayi tersebut. 

Zaman dah berubah. Kalau dulu lahir jer pakai lampin kain…. kena beli.. basuh, kering dan lipat.. banyak masa terbuang…now…. semua guna diapers….. pakai buang sahaja .. mudah, cepat, practical, sistematik dan efisyen!!

Kelahiran calon PhD juga sama spt baby….tidak dibekalkan “manual book”, jadi peringkat awal adalah crucial dan banyak bergantung kepada manual dari SV. 

Malangnya SV juga dulu tidak dibekalkan “manual book”. 

Oleh itu jika ada SV yang dahulu suka dgn lampin.... sekarang berubahlah kepada diapers dan jika dahulu berkata begini.... sekarang ubahlah....

Dahulu: PhD ini tough, penuh duri, onak, lurah, dugaan dan dramatic 
Sekarang: PhD ini satu proses pembelajaran boleh dilalui secara yang sistematik i

Dahulu: Moga dipermudahkan perjalanan yang sukar ini
Sekarang: Segalanya mudah, jika kemahiran berikut dikuasai 

Dahulu: Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih brother ...
Sekarang: Sediakan jadual kerja and lets do it together !

Dahulu: Baca… dan baca lagi….jgn jumpa saya dulu buat menyemak !
Sekarang: Siapkan proposal apa yang awak baca dan faham biar saya semak

Dahulu: Cara ini salah…...lol !
Sekarang: Beginilah cara yang yang betul

Dahulu: Kenapa buat tajuk yang dah banyak orang buat?
Sekarang: Apa yang boleh disumbangkan oleh tajuk ini kepada knowledge dan menjawab kepada persoalan "So what ?"

Dahulu: Kalau saya dulu boleh buat kenapa tidak awak sekarang ni? 
Sekarang: Awak boleh buat lebih baik dari saya kerana banyak kemudahan dan kemahiran baru yang boleh awak pelajari...

Dahulu: Inipun awak tak tahu... guano ?
Sekarang: Inilah aspek yang perlu lagi awak explore ….

Inilah aspirasi baru yang penyelia perlu sedar...dan pelajar perlu ketahui. Semoga dengan adanya kerjasa kedua-dua pihak nilai research akan lebih baik dan memberi impak yang maksimum kepada agama, bangsa dan negara.

Monday, February 17, 2014

Perjalanan baru...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW


Semester baru sudah bermula. Untuk pelajar yang baru mendaftar, ianya adalah satu permulaan baru dalam kehidupan. Kalau dulu menjadi pelajar diperingkat sekolah menengah..sekarang sudah berada di universiti. Untuk pelajar lama, lantunan ombak semangat berjuang perlu diteruskan.

Untuk pelajar yang mendaftar sebagai sarjana penyelidikan atau phd...anda sedang menempuh sesuatu yang baru dalam kehidupan anda. Perjalanan untuk hadapi ujian dan dugaan untuk mengajar erti kematangan hidup lebih mencabar untuk ditempuh. Apa pun yang anda hadapi....satu yang perlu ada dalam diri ialah "pergantungan kepada Allah SEPENUHNYA...percaya bahawa setiap kebaikan dan niat yang suci Allah akan bantu kita dengan sebarang cara". 

Bukan mudah untuk dapatkan keyakinan diatas...ianya perlu di praktis. Bukan mudah untuk mendidik hati untuk tetapkan keyakinan tersebut melainkan dengan cara mencuba dan terus mencuba kerana sifat manusia memang selalu alpa dan lupa siapa kita sebenarnya.

Sebagai penyelia...apa yang sentiasa berada dalam doa ialah melihat supervise berjaya dunia dan akhirat. Melihat mereka menempuh segala ujian dengan tabah dan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka perlukan, berdoa supaya segala urusan mereka dipermudahkan...dan apabila mereka berjaya tersenarai untuk calon penganugerah ijazah di majlis convocation...itu adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggukan. Namun..dalam dunia penyelidikan kita kena ambil kira penyataan ini.

Richard Feynmen (Nobel-prize-winning physicist 1965) berkata:

I used to do whatever I felt like doing – it didn’t have to do with whether it was important for the development of nuclear physics… without worrying about any importance whatsoever.

The best researchers are driven by curiosity as “the pleasure of finding things out”, and it seems to be a good way to stay engaged and interested in your work. ….not everything you do has to be useful. Invest some time in exploring ideas just for the sake of curiosity, for the pleasure of finding things out…


So..dalam dunia penyelidikan tiada yang tidak berguna. Setiap hasil penyelidikan adalah berguna dan ianya merupakan "contribution of knowledge". 




Tuesday, February 11, 2014

Perjalanan harungi dugaan (2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi                                                                                               Muhammad SAW

Sudah hampir setahun blog ini tidak diupdate. Tidak memberi input-input menarik untuk dikongsi. Ketajaman penulisan blog juga telah tumpul. Hari ini cuba untuk mengasah semula...walaupun ianya tidak setajam mana...mungkin akan memberi sedikit manafaat untuk difikirkan

Sekarang perjalanan kehidupan lebih selesa. Keluardrp zon PHD adalah sesuatu yg baru untuk dimulakan...setelah hbs viva, sedikit pembetulan dan segalanya berjalan lancar dan diteruskan dengan hari convocation pada ujung tahun 2012. Perjalanan kehidupan sebagai pensyarah diteruskan dibawah universiti yang menaja pengajian. Dengana nama yg agak besar...dengan pengaruh yg ada pada universiti ini...banyak hak2 kemanusia pensyarah diketepikan seolah2 High Impack Journal adalah segalanya. Hidup dan mati bersama  Q1 journal tampa mempedulikan tugas hakiki sebagai hamba Allah yg memerlukan sumbangan lain kepada agama, masyarakat dan negara.

Dengan sedikit prinsip dan jati diri yang ada dalam diri...saya meneruskan perjalanan pekerjaan di tempat lain yang lebih mendorong untuk menjadi insan yang lebih baik. Berkat sokongan keluarga terutama suami saya mengambil risiko untuk menempuh segalanya sehingga saya berada dimana saya berada sekarang. Alhamdulillah dengan niat yg ikhlas..Allah memberi jalan mudah untuk diteruskan sisa2 hidup ini untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Percaturan untuk perpindahan ke tempat sekarang amat hebat....kalau diceritakan boleh dijadikan satu buku kehidupan yang menarik. Namun itu kita tinggalkan. Dimana saya berada sekarang menyokong misi dan perjuangan carrier saya. Saya berada disini dengan sungguh2 hati berusaha menjadi yang terbaik mendidik anak bangga saya menjadi pelajar master by research dan phd yg baik...dimana berusaha untuk melahirkan modal insan yg berjaya didunia dan diakhirat. Walaupun saya bukan bidang pengajian Islam..tapi saya saya melahirkan pelajar yg patuh dgn Allah dengan kejayaan phd dan master mereka. Tidak banyak sikit...pasti dalam cara penyeliaan saya , saya cuba mendidik mereka...mintalah bantuan Allah dalam segala aspek. Mereka akan lebih faham kerana mereka mengharungi perlajanan harungi dugaan ini dengan pelbagai liku.

Mungkin agak selesa dengan keadaan sekarang yg berada dalam institusi yang memahami apa yg saya perlukan dan impikan...saya gembira bekerja walaupun terpaksa berulang alik 2 jam setiap hr untuk cover perjalan pergi dan balik ke tempat kerja. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada kami...kesenangan dunia Allah berikan untuk menguji ingatan kita terhadapNya.

Kisah Phd= perjalanan harungi dugaan saya berakhir dengan cabaran yang agak tidak berat..tetapi pembentukan carrier saya agak mencabar sehingga saya berpindah ketempat sekarang. Tapi sekarang alhamdulillah selesai...tetapi nampaknya Perjalanan Harungi Dugaan (2) akan bermula. 

Permulaan Perjalanan Harungi Dugaan (2) ini terdetiknya hati suami untuk meneruskan pengajian ke perigkat phd. Maka versi phd 2 akan terbit. Kisah ini akan kami kongsikan untuk memberi laluan mudah kepada org lain yang mungkin akan hadapi apa yang dihadapi oleh suami dalam permulaan detik Perjalanan Harungi Dugaan (2) .




Thursday, February 21, 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW

Menghadiri satu sesi interview pagi ini. Banyak pengalaman dan pengetahuan yg diperolehi. Yg baik dtg dr Allah..yg buruk pasti dtg dr manusi yg tidak pernah sempurna. Tapi sebagai manusi kita mesti ada usaha untuk memeastikan kita menjadi sesempurna yg boleh untuk diri sendiri, keluarga, agama, masyarakat dan semuanya. Tapi sebagai pengajaran...what we give is what we get. kalau kita baik dgn org...org akan baik dengan kita vice versa....Oleh itu mari kita sama2 memastikan kita menjadi ygterbaik dikalangan yg ada. .

Wednesday, February 20, 2013

sedikit renungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW.

Hari ni pg bermula awal..awal dijalan raya sbb hantar asfa ke sekolah..jd 8.30 dah sampai off. Hari ni banyak persediaan diperlukan untuk kelas dan juga untuk hari agak penting esok. Walaupun apa yg bakal berlaku esok bukan mengikut kehendak hati anya sekadar mengikut peraturan yg telah ditentukan..persediaan perlu dilakukan untuk tidak menampkakan sebarang kecacatan kepada kewibawaan kita. Oleh itu dalam soal apa sekalipun, kecil atau besar..perlukan persediaan yg rapi supaya kita nampak lebih bersedia dan sentiasa confident.

Apa yg ingin dikongsi pada pg ini ialah mengenai satu ilmu yang perlu difikirkan...dalam kereta sambil melayan jem dijalan, melayan jg hiburan diradio ikim. Seorang ustaz memberi ceramah yg bertajuk ILMU. Apa yg sgt menarik untuk dikongsi ialah...ilmu itu sgt mulia. Nabi sentiasa memuliakan org yg memberi ilmu kepada beliau walaupun satu ayat. Sbb itu dlm doa nabi, terselit doa untuk para ilmuan, para guru. Menunjukkan betapa tingginya darjat ilmu. Sepatutnya tempat guru untuk meyampaikan ilmu pada muridnya adalah lebih tinggi dr tempat duduk murid seperti imam membaca khutbah dalam solat jumaat menggunakan mimbar. Namun persekitaran kita terbalik sekarang terutama di universiti. dalam dewan kulaih pensyarah mempunyai tempat yg paling rendah dibawah..kerana kedudukan murid lebih tinggi didewan kuliah. Oleh itu dimanakah keberkatan ilmu itu sendiri pada murid. Sepatutnya guru berada tempat tinggi..murid dibawah. Tapi persekitaran kita terbalik sbb itu kurangnya keberkatan ilmu tersebut pada murid2 kita. Jadi tidak mustahil lah kita tidak dapat melahirkan murud yg cemerlang kerana tiada keberkatan ilmu itu sendiri. Ianya sgt kecik..tapi mempunyai signifikanygs angat besar untuk direnungkan. Oleh itu sama2 kita fikri mcm mana nak ubah keadaan kelas kita. Kita tak mampu untuk mengubah dewan kuliah. Namun kita mampu untuk mengubah keadaan yg sedia ada. Mungkin kita terpaksa mengajar di tangga paling atas dlm dewan kuliah. mungkin kita terpaksa bawa microphone ke belakang..atau mungkin kita terpaksa mengajat tampa microphone dan menggunakan laser jarak jauh untuk point kepada power point slide kita. Sama2 kita renungkan.........................

Monday, February 18, 2013

Menarik untuk dibaca..direnungkan..difikirkan dan bertanyalah diri..mana pilihan kita

Dunia pendidikan di peringkat IPT di Malaysia sudah terperangkap dengan permainan “politik perniagaan” yang didominasi oleh Barat.
Sebagai sebuah negara yang pernah kena jajah beberapa kali (oleh Belanda, Portugis, Inggeris, Jepun, dan Inggeris semula), psikologi orang Melayu khususnya sentiasa merasakan apa yang datang dari Barat adalah BAIK dan BETUL dari apa yang ada di negara sendiri walaupun negara sudah merdeka dari penjajah hampir 60 tahun.
Para ilmuan Malaysia juga masih belum dapat lari dari sindrom “colonized mind and attitude”.  Menteri Pengajian Tinggi yang cuba membawa gelombang KPI bertanggungjawab membawa balik rakyat Malaysia khususnya para pensyarah di universiti MENYEMBAH DUNIA BARAT dengan mengikut apa sahaja yang dikemukakan oleh BARAT.
Beberapa pihak di Barat memulakan dengan permainan SENARAI 100 Universiti terbaik dunia, SENARAI 100 universiti Asia terbaik dengan mengemukakan beberapa kriteria.
Kemudian kriteria ini berubah-ubah dari masa ke semasa dan kemudian kriteria baru diwujudkan dengan permainan SCOPUS dan ISI di mana setiap penerbitan jurnal di dalam SCOPUS dan ISI dibayar dengan harga tinggi. Yang menerbit juga diberikan ganjaran wang antara RM1000 hingga RM10,000 bagi setiap artikel. Maka penerbit jurnal kaya mengutip yuran dari penulis untuk menerbit artikel; penulis juga kaya mengaut wang dari majikan universiti kerana bejaya menerbit artikel dalam senarai jurnal SCOPUS dan ISI.
Apa yang lebih parah ialah apabila artikel ditulis oleh sebilangan pensyarah sehingga ada artikel yang ditulis oleh 2 pensyarah, 5 pensyarah, 10 pensyarah, hatta ada juga satu artikel yang ditulis oleh 30 orang! Inilah Malaysia BOLEH! Profesor Ulung Negara, iaitu Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, menggelar fenomena kegilaan menulis beramai-ramai dalam satu artikel ini sebagai “SARJANA GOTONG ROYONG.” Inilah agaknya yang mahu diwujudkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang membawa imej korporat dalam mengurus universiti.
Bukan “sarjana gotong royong sahaja” yang menjadi keghairahan para pensyarah dewasa ini, malah ramai pensyarah menenggek dalam artikel pensyarah lain untuk diterbitkan dalam senarai penerbitan SCOPUS dan ISI. Fenomena ini boleh digelar sebagai  ”PENERBITAN TIMBANG KATI”  di mana pensyarah menerbit apa sahaja dalam jurnal asalkan diterbitkan dalam  jurnal SCOPUS dan ISI dan  walaupun artikel dan jurnal itu tidak melambangkan bidang disiplin atau kepakaran pensyarah bekenaan.
Yang lebih jenaka pula ialah apabila pensyarah yang menjadi penyunting dan pewasit jurnal SCOPUS dan ISI menawarkan diri kononnya mahu membantu pensyarah muda menulis dan menerbit artikel dalam jurnal SCOPUS dan ISI dengan syarat nama pensyarah itu dimasukkan dalam artikel berkenaan tanpa mengira bidang.
Maka pensyarah senior berkenaan memiliki puluhan malah ratusan  artikel dalam SCOPUS dan ISI walaupun nama pensyarah berkenaan berada dalam artikel yang bukan bidang disiplinnya . Dengan terbitnya artikel mereka dalam jurnal SCOPUS dan ISI, maka mereka menuntut ganjaran wang dari universiti atas alasan berjaya menaikkan KPI universiti dan menaikkan ranking universiti di mata dunia. Ada artikel bernilai RM1000, RM2000, dan paling tinggi RM10,000 untuk dituntut oleh pensyarah berkenaan.
Benarlah kata pepatah Melayu, menang sorak kampung tergadai. Jurnal tempatan tidak mendapat perhatian lagi dari pensyarah tempatan kerana permaian “politik perniagaan” Barat dan kerana kekalutan Menteri Pengajian Tinggi yang mengikut tarian Barat. Jurnal bahasa Melayu MALAP. Jurnal tempatan MATI.
Lebih teruk lagi apabila buku-buku dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris tidak lagi diberi perhatian, dan akibatnya, bilangan buku tulisan akademik amat berkurangan kerana BUKU tidak dinilai dalam KENAIKAN PANGKAT di universiti. Menteri Pengajian Tinggi dan Naib-Naib Canselor tidak mahu melihat buku sebagai sumber ilmu yang diedar dan dibaca oleh anggota masyarakat umum berbanding dengan jurnal yang hanya berada di rak buku dan dalam Internet untuk kegunaan ilmiah semata-mata.
Pentadbir universiti bagaikan lembu dicucuk hidung oleh hegomoni barat dalam permainan “politik perniagaan” oleh Barat dalam hal ini.
Di mana perginya jatidiri ilmuan Malaysia jika buku yang menjadi sumber  ilmu tidak diiktiraf sebagai sumbangan ilmu dalam negara ini ketika menilai ilmuan dalam proses kenaikan pangkat?
Di mana pergi jatidiri jurnal dari Malaysia apabila pensyarah tidak mahu menulis dalam jurnal tempatan kerana segelintir  kecil sahaja jurnal tempatan  yang diterima sebagai jurnal SCOPUS dan ISI oleh Barat? Betul, IPTA sudah hilang arah haluan!
Di manakah keikhlasan pensyarah menulis artikel  kerana ilmu dan bukan kerana mengejar status dan bukan kerana mengejar ganjaran yang lumayan sehingga menggadaikan jurnal tempatan serta buku tempatan dalam bahasa Melayu? Benarlah IPTA sudah hilang arah haluan!
Apakah bahasa Melayu ini hina sangat di sisi dunia sehingga tidak boleh menjadi bahasa ilmu? Memang IPTA sudah hilang arah haluan!
Inilah bukti kesan MENTAL DAN SIKAP ORANG YANG PERNAH DIJAJAH. Mereka melihat apa yang dibuat dan dicadangkan oleh Barat itu semua bagus dan betul  sehingga mereka sanggup menyempitkan pembinaan khazanah ilmu dalam acuan kita sendiri.
Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini kalau tidak Menteri Pengajian Tinggi dan Naib-Naib Canselor IPTA yang kini bukan berkhidmat untuk kesarjanaan tetapi untuk menjaga periuk nasi masing-masing! Inilah yang dikatakan IPTA sudah hilang arah haluan! Akhirnya PENJAJAH tetap ULUNG, ilmuan MALAYSIA kena GULUNG!
Baca pula petikan tulisan seorang Profesor Jusa B, bekas Dekan dari sebuah IPTA
————————–mula ————-
SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi.
Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernah menjawat jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya rasa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi.
Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan “rangking dunia,” maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (ISI).
Masalah ini kian parah apabila jurnal ISI ini turut menjadi syarat wajib untuk permohonan kenaikan pangkat. Persoalannya di sini ialah, siapakah yang menentukan pengiktirafan ISI ini? Seperti yang dimaklumi bahawa pengiktirafan ISI ini adalah di bawah bidang kuasa penerbitan yang bernaung di Barat. Hal ini bermakna juga bahawa KPI pensyarah-pensyarah ini berada di bawah ketentuan kuasa Barat. Bukankah aneh, seorang kakitangan kerajaan Malaysia, prestasinya dinilai atau ditentukan oleh negara Barat? Dan, hal ini tidak berlaku kepada kakitangan awam Malaysia yang lain.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang kakitangan awam Malaysia, KPInya ditentukan oleh kuasa Barat? Lebih malang lagi nasib ini menimpa kepada pensyarah yang berada dalam bidang sains sosial yang kajian dan penyelidikan mereka benar-benar terbatas kepada mempertahankan maruah dan nasib bangsa, agama, bahasa, sejarah, sastera dan kebudayaan Melayu yang kita sedia maklum tidak pernah dihargai atau mendapat pengiktirafan kuasa penjajah.
Jika hal ini berterusan, maka tidak hairanlah pada hari ini jawatan pensyarah bukan menjadi pilihan golongan muda. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak KPT ialah member pengiktirafan kepada jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh university mahupun institusi tempatan yang lain. Perkara yang paling penting ialah budaya penulisan jurnal dapat berkembang hebat dan budaya penulisan penyelidikan dapat terus subur dalam negara. Menerbitkan jurnal bukanlah semudah yang disangkakan. Sekirannya hal ini masih dipandang sebelah mata, maka adalah malu seorang pensyarah yang kelulusan sarjana atau doktor falsafah (PhD) dan bekerja di universiti tempatan, markah KPInya berada pada bawah paras “malas” atau “sakit” sedangkan mereka mempunyai dedikasi yang tinggi dalam pengajaran dan melakukan tugas-tugas rasmi universiti seperti membentang kertas kerja, menghadiri seminar, menjadi perunding kepada beberapa organisasi kerajaan dan sebagainya.
Perkara kedua ialah tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu.
Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingakan dengan rakanrakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (prauniversiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44.
Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaiktaraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional.
Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat.
Malangnya, semua usaha yang dilakukan oleh pensyarah bagi melonjakkan impian Malaysia untuk menjadi pusat pengajian ilmu terbaik Asia tidak pernah dihargai. Inilah kelemahan Menteri Pengajian Tinggi, iaitu YAB Dato’ Khalid Nordin yang tidak pernah memikirkan nasib dan kebajikan pensyarah IPTA berbanding YAB Tan Sri Mahyudin Yassin yang begitu bersungguhsungguh membela nasib guru.
Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah pelawat di Amerika, hal-hal sebegini tidak berlaku. Penilaian prestasi (KPI) seseorang pensyarah dinilai kepada sebanyak mana mereka menyumbangkan ilmu dan kepakaran mereka kepada masyarakat. Sumbangan mereka menulis untuk penerbitan berkala, akhbar, majalah mahupun buku cerita kanak-kanak amat dihargai kerana para pensyarah itu dikatakan milik masyarakat.
Penerbitan jurnal berwazit dan bertaraf ISI hanya satu hambatan penerbitan untuk tujuan mendapatkan bonus tahunan. Hal ini bermakna, pensyarah yang berada di Barat itu amat rapat hidupnya dengan masyarakat dan mereka amat dihormati jiran tetangga atau masyarakat setempat. Situasi ini tidak berlaku di negara kita. Oleh sebab ingin mengejar penerbitan ISI, mereka seperti menjadi makhluk asing di taman perumahan atau menjadi kera sumbang yang mementingkan diri sendiri. Demi kerana mengejar “rangking” dunia universiti, adakah ini yang diinginkan oleh KPT? Kita perlu sedar bahawa untuk menandingi atau menyaingi Univesiti Havard, Oxford, Yale, Cambrige atau mana-mana universiti terbaik dunia bukan satu usaha mudah. Kita sepatutnya berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu jangan tergila-gila merebut status universiti terbaik dunia tetapi berfikir bagaimana untuk menjadi fakulti yang ada di dalam sesebuah universiti itu boleh menjadi fakulti terbaik dunia dengan menggunakan sepenuh tenaga dan kepakaran yang ada.
Universiti of Tokyo misalnya mempunyai Fakulti Kejuruteraan Automobil ketiga terbaik di dunia tetapi universiti ini berada dalam kelompok ke-100 dalam “rangking” dunia. Hal ini sepatutnya boleh berlaku kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi menjadi Pusat Tamadun Melayu Dunia seperti Universiti of Leiden, Belanda atau juga Akademi Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengambil alih fungsi Universiti Al-Azhar, Mesir. KPT tidak berfikiran sedemikian sebaliknya yang difikirkan ialah “kegilaan” mengejar “rangking” dunia tanpa pernah mengukur pakaian pada badan sendiri.
Kepada KPT, khususnya YAB Dato’ Khalid Nordin, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama university tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke university swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat.
Adilkah mereka dibayar dengan gaji yang setara upahnya dengan guru jika beban tugas yang terpaksa dipikul itu lebih berat? Beberapa bulan lalu, dalam ruangan “Surat Pembaca” Berita Harian, jawapan oleh Unit Komunikasi Koprat terhadap keluhan seorang Profesor Pencen amat melucukan. Jawapan itu menunjukkan bahawa pegawai di KPT hanya memikirkan perut sendiri. Cuba kita bayangkan, wajarkah seorang pensyarah Gred DS45 (tanpa PhD) boleh menjawat jawatan professor atau pengarah di universiti?
Apakah ertinya pengalaman 15 tahun bergelar guru, 5 tahun bergelar pensyarah dengan kepakaran yang dimiliki jika tidak dihargai oleh universiti? Jawapan-jawapan mereka yang merujuk juga kepada university mempunyai kuasa autonomi hanya satu jawapan bodoh dan menolak prinsip kemanusiaan. Ingin saya bertanya juga kepada KPT, sejauh mana kuasa autonomi KPM yang diberikan kepada IPTA?
Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara.
Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPT berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya mengarifi falsafah Melayu “kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan” perlu difahami sebaik-baiknya.
Wajarkah rakyat Malaysia membayar gaji yang lumayan kepada pensyarah warga Negara asing yang berkelulusan sarjana dan tidak menyumbangkan apaapa dalam dunia penerbitan? Fikirkan kebajikan dan nasib pensyarah-pensyarah warga tempatan ini, khususnya pensyarah-pensyarah muda yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan banyak penambahbaikan dalam mengangkat martabat guru, sepatutnya hal yang sama juga berlaku kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPT dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini.
PROFESOR JUSA B,
Kuala Lumpur
~dipetik dari surat pembaca sebuah akhbar

Kelas bermula



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW.

Hari ni semester baru bermula bg student degree..dan bermulalah tugas sebagiseoarng pensyarah. Semoga berjumpa dgn student2 yg baik budi pekertinya..mulia akhlaknya...bersungguh2 utk berjaya dan menghormati guru. Semoga hubungan yg bakalterjalin akan membuahkan sesuatu yg lebih bernilai untuk semua..amin. Cabaran mengajar di sem ni adalah satu subjek yg tidak tahu apa learning outcomes. Terpaksa tanggung kesilapan dan kelaian org lain....episod cerita ini akan diceritakan bagaimanakan kelaian ini wujud dan  apakah impaknya kepada org lain.....

Friday, February 15, 2013

penulisan bermula

Dengan nama Allah yang maha pemurah lg maha penyayang..selawat serta salam keatas Nabi Muhammad SAW....
Satu lembaran baru akan bermula dalam kehidupan dimana penulisan buku motivasi phd akan mula ditulis....penulisan buku ini wujud hasil dari cita2 yg dah lama terpendam dan yang paling penting tujuan utama buku ini ditulis. Dalam menjalani kehidupansebagai pelajar phd dulu..banyak rintangan, ujian yang ditempuh....dalam pada itu kami tercari2 panduan yg berbentuk buku untuk dirujuk..namun tiada dipasaran terutama di Malaysia. Hanya satu buku motivasi phd yg ada buat masa ini iaitu Phd kecil tapi signifikan hasil penulisan prof Kamil. Buku itu dibawa sekasan kemari..diusung ketika susah dan senang sebagi rujukan untuk memotivasikan diri. Banyak bahan bacaan lain di internet tetapi situasi dan keadaan yg berbeza2 menyebabkan kurang minta dan kurang menarik untuk dijadikan panduan. Org putih menulis mana nak sama dgn org kita menulis tambahan bahan penulisan hasil dr keikhlasan hati yg jujur untuk membantu. Bermula dgn itulah kami (saya dan kawan) memsang niat suatu hari nanti bila kami berjaya akan kami menulis satu buku untuk membantu pelajar2 phd...apa yg bakal ditulis diharap dpt dijadikan panduan supaya kesilapan kami tidak diulangi oleh org lain. Niat kami hanya satu untuk MEMBANTU...kerana dimasa kami memerlukan bantuan suatu ketika dulu...kami tidak memperolehinya. Dengan hasrat untuk mebantu inilah kami gagahi untuk memulakannya..walaupun agak lambat dan terlewat kami tetap akan laksanakan. Mudah mudahan Allah mudahkan urusan kami..dan mudah mudahan ramai akan mendapat manafaat drnya....kerana bila bercakap soal menyambung pelajaran diperingakat phd..pasti akan ada dugaan dan halangan serta ujian..tapi Allah uji kita dgn tahap kemampuan kita. Insyaallah...

Thursday, February 14, 2013

cuti

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..selawat keatas Nabi SAW....
Setelah lama tidakbercuti dan pulang kekampung..peluang cuti sempena CNY ini km sekeluarga pulang menjengok ibu yg tidak seorang dikampung...Alhamdulillah berkat rahmat Allah waluapun usianya mencecah 74 tapi masih dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus beramal ibadat kepada Nya...berkat bgn malam secara konsisten sejak dulu hingga kini emak dikurniakan tahap kesihatan yang cukup membanggakan..semoga mak terus sihat ..Amin
Seperti biasa..acara wajib setiap kali cuti..adalah family gathering yng melibatkan acara makan2...makan yg pertama adalah sempena ulang tahun kelahiran emak...dan makan yg kedua dibelanja oleh abang no 3....itulah untungnya jd anak bongsu....proses belanja membelanja selalu didahului oleh abang dan kakak...sedar atau tidak ahli keluarga dah masih ramai..dan sedar atau tidak anak2 saudara semuanya dan besar panjang...dah bekerja dan berada diuniversiti. Hanya anas dan asfa yg kecil dan disayangi dan diminati dan direbuti oleh ramai sepupu2 mereka.....dilayan bagai raja sbb masih kecil...Alhamdulillah..syukur atas nikmat Allah...nikmat kesihatan dan mempunyai keluarga yg baik....semoga Allah pelihara kita semua

Wednesday, February 6, 2013

Kembali...LR

Dengan nama Allah yang maha pemurah lg maha penyayang....selawat serta salam untuk Nabi Muhammad SAW......hampir setahun entry blog ini tidak diupdate. Insyaallah bermula hr ini ianya akan kembali seperti dulu. Kalaupun tidak sebanyak dulu...tp insyaallah akan dicuba supaya berinformasi lebih dari entry sebelumnya.

Perjalanan phd sudah tamat...namun usaha untuk membantu kawan2 yang masih berjuang akan diteruskan. Berbalik kepada tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi apa saja pengalaman bg membantu kawan2 yang sedang bertungkus lumus menyiapkan phd. Sebagai entry permulaan pd hr ini ingin dikongsi satu pengalaman untuk semua pembaca...entry ini dari catatan Dr OT bercerita cara menulis LR

Hello bro.... cer ko baca satu paragraph ni..apasal SV aku kata tak kritis... amender yang kritis tu bro?


La.... ko tulis " Ali (2009) menyatakan ciri-ciri multimedia... Sementara itu Siti (2007) menambah satu lagi ciri animasi dengan multimedia iaitu.... dan John (2008) memberikan satu lagi ciri hipermedia...."


Kenapa?


Tu macam meringkaskan kajian lepas jer....masing2 dgn terminologi masing2... yang ko main cantum jer dalam satu paragraph... byk ko punya ensem.... kritis tu bukan macam tu..


Abis?


Ko kena analisis artikel2 ko tu dgn cari point yang conceptualnya sama dengan kajian ko dan bahan yang ko analisis (maksudnya yang ko ekstrak dari artikel) perlu ko sintesis atau combine dalam ayat ko sendiri, bagi idea ko sendiri dan bahasa ko sendiri.... dalam konteks kajian ko.....barulah kritis...


Meh aku artikel tersebut. Katakan ko analisis 5 artikel dan dapati isi berikut yang perlu ko sintesis....berkaitan dengan LR ko utk nyatakan ciri-ciri bahan multimedia yang boleh membawa kepada kefahaman pelajar...




Ali (2009)
Perisian multimedia perlu memenuhi keperluan pelajar dengan berbagai stail pembelajaran
Siti (2007)
Animasi komputer berpotensi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
Tan (2010)
Perisian komputer interaktif terkini dibina berdasarkan teori kognitif multimedia Mayer (2009)
Chee (2009)
Pembelajaran multimedia dibina berasaskan teori konstruktivis
John (2008)
Persekitaran 3D menyediakan peluang visualisasi, interaksi dan eksplorasi konsep abstrak seperti konsep sains


Ko perlu mensintesis kelima-lima isi dari petikan di atas menjadi sebahagian sorotan literatur terhadap ciri-ciri bahan multimedia yang ingin ko ingin dibangunkan supaya menyokong ke arah meningkatkan kefahaman pelajar. 


Mensintesis tu camner bro?


Mensintesis tu bermaksud menulis semula dgn ayat dan perkataan ko sendiri secara mencantumkan (makna sintesis) konsep2 yang sama dari artikel yang ko sintesis dan dengan cara itu juga akan menghasilkan sorotan literatur yang konsisten dan koheren dgn kajian ko sendiri dan  seterusnya membawa pembaca memahami kaitannya dengan kajian walaupun dalam konteks asal artikel, berbagai-bagai terminologi yang berlainan digunakan (perkataan bergaris) tetapi secara conceptualnya adalah sama dgn kajian ko.


Kalau ko dah analisis dan sintesis... maka artikel2 yang ko rujuk tu tidak lagi dibincangkan secara terasing lagi tetapi disintesis dalam konteks kajian ko... barulah ko dikatakan kritis dalam menulis LR....


OOO...cam tu ler pulak...


Berikut contoh ayat yang konon2nya ko dah sintesis sesuai dengan kajian ko yang berkaitan dengan pembinaan bahan multimedia bagi meningkatkankefahaman  pelajar:

"Pembinaan bahan multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimediadalam meningkatkan kefahaman pelajar terus menjadi persoalan. Kajian lepas menyarankan perlunya bahan multimedia  mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran 3D (John, 2009), interaktif (Tan, 2010), animasi (Siti, 2007) serta mengambilkira stail belajar pelajar yang pelbagai (Ali, 209). Aplikasi teori  konstruktivis pula hendaklah menjadi asas pembinaan bahan multimedia (Chee, 2009) kerana penekanan kepada aspek kognitif dalam persembahan bahan multimedia telah dibuktikan keberkesanannya oleh Mayer (2009) daslam meningkatkan kefahaman pelajar.


Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada pembinaan bahan multimedia dengan ciri-ciri konstruktivis yang kemudiannya dibina dalam persekitaran 3D. Ini selari dengan saranan John (2009) yang menegaskan bahawa pembinaan bahan multimedia dengan persekitaran 3D berupaya menvisualisasikan konsep abstrak dalam pembelajaran, sekaligus memudahkan kefahaman pelajar"

Bila ko baca ayat di atas, tak der ler macam ko meringkaskan karangan atau spt membaca buku teks .... tapi seperti mendengar ko berkata2 kepada pembaca..... siap dengan idea ko, diselit dengan penegasan ko sendiri dengan sokongan citation yang mantap....semua ditulis secara konsisten dalam konteks kajian ko... iaitu menggunakan keyword bahan multimedia dankefahaman pelajar wpun keyword tersebut LANSUNG TAK ADA dalam petikan artikel asal yang ko analisis sebelum ko sintesis !!


Tu macam senanglah bro....


Apsal tak ada orang ajar aku.... tu yang aku main taram jer.... he he. SV komen jer tak kritis..... entah apa yang tak kritis akupun tak tahu...... nasib baik ko tunjuk kat aku....


Sekarang ko percaya betapa senangnya menulis LR secara kritis dengan syarat ko mampu membuat analisis dan sintesis..... dalam konteks kajian ko sendiri...........jadi jgn fening dgn perkataan yang bermacam2 dalam artikel asal asalkan konsepnya sama dgn konsep kajian yang ko buat. Jika ko kutip semua perkataan yang berbagai2 dalam artikel asal... bukan ko saja fening.. pembaca ko pun akan muntah !!


Abis bukan ker kritis tu mengkritik kajian orang lain?


Banyak ler ko punya kritik. Ko sendiripun tak faham kajian ko lagi.... baru nak blaja tulis literature review...merangkak-rangkak ...ada hati nak kritik kajian sifu2 yang di published dan di reviewed dalam artikel2 scorpus tu.....? Minta maap ler bro...


Jadi...?

Bagi LR, ko perlu menulis secara kritis bukan mengkritik ler....


Wokey.... tima kacih atas nasihat ko yang kritis tapi tak mengkritik....